Full width home advertisement

Post Page Advertisement [Top]

Jika ada penghantaran dalam Sarawak, selain menggunakan perkhidmatan kurier seperti Pos Malaysia atau J&T, anda orang guna perkhidmatan penghantaran kargo dari syarikat bas expess atau penghantaran tempatan. Biasanya mereka lebih cepat dan menjanjikan penghantaran esok hari mengikut jarak perjalanan.

Berikut adalah khidmat kurier yang ditawarkan. Ada juga menyediakan perkhidmatan door to door. Maksudnya anda tidak perlu ambil di stesen bas.

Andaikan anda mengirim 30 kg parcel ke Miri.


1. Eva Express (Eva Cargo)


Menjanjikan penghantaran dalam tempoh 36 jam dan mempunyai khidmat menjejak parcel. Penghantaran adalah seluruh Sarawak. Kadar adalah tetap tanpa mengira jarak perjalanan. Iaitu RM8 caj perkhidmatan dan RM1.20 untuk setiap kilo.

RM8 + (RM1.20 x 30 kg) = RM44

Eva Express boleh dihubungi di alamat berikut

2nd Floor, Sublot 14, Lot 19692, Saradise,
93350 Kuching

No. Tel: 082 - 462200
Laman web: www.evaexpress.net

atau terus ke mana-mana cawangan di terminal bas berdekatan contohnya di Kuching Sentral.

 



2. Bus Asia (Biaramas Express)


BusAsia menyediakan perkhidmatan Door to Door service atau secara ambil sendiri. Bagi kawasan dalam bandar atau dalam jarak 20km, hanya RM10 dikenakan (ini untuk berat bawah 20 kg). Kemudian tambahan RM10 bagi setiap 20 kg. Namun, sekiranya tempat yang dihantar adalah jauh daripada pusat bandar (lebih dari 20 km) tambahan RM10 dikenakan.

Sebagai contoh, penghantaran ke Miri. Jika ke pusat bandar. RM20 dikenakan. Namun, jika perlu hantar ke Batu Niah, tambahan RM10 dikenakan. iaitu total RM30.

Caj ini adalah ilustrasi berdasarkan laman web. Mungkin berbeza mengikut timbangan sebenar.

BusAsia boleh dihubungi di mana-mana terminal bas berhampiran anda atau hubungi 082-531199 (Kuching Sentral).

Laman web: www.busasia.my


 


3. dhExpress


dhExpress menyediakan perkhidmatan di dalam Sarawak atau, ke Semenanjung atau ke Sabah. Kadar adalah berbeza bagi cargo dan shipping. Tak pasti juga untuk dalam Sarawak pun ada rate yang berbeza dengan kargo. Bagi perkhidmatan kargo dari Kuching ke Miri. RM7.50 caj perkhidmatan dan tambahan RM1 perkg.

RM7.50 + (RM1 x 30 kg) = RM37.50




No comments:

Post a Comment

Bottom Ad [Post Page]

| Designed by Colorlib