Sebuah aplikasi yang dikenali sebagai Citizen secara tidak sengaja mendedahkan privasi alamat lengkap Billie Eilish selepas rumahnya dirompak.
Selepas pencerobohan berlaku, aplikasi memaklumkan pengguna di kawasan sekitar Hingland Park, Los Angeles, yang rumah Billie kena ceroboh. Maklumat tu dihantar kepada 178,000 pengguna dan dibaca hampir 78,000 pengguna. Lepas kemaskini, alamat lengkap tersebut digantikan kepada kawasan berhampiran.
Walaupun sebab alamat selebriti bukanlah rahsia. Tetapi, untuk sebuah aplikasi yang mempunyai ramai pengguna, ini adalah satu langkap yang tidak bijak.
Citizen, dibangunkan bertujuan untuk menggalakkan sukarela daripada pengguna untuk mengambil berat tentang keselamatan kawasan sekeliling. Kes jenayah berhampiran dan bantuan sebarang kecemasan berhampiran. Macam kecurian, gaduh, teperangkap atau sebagainya.
Sebelum penjemaan kepada Citizen, aplikasi ni diberi nama Vigilante pada tahun 2016. Tetapi, Apple menarik keluar aplikas ini kerana bimbang sekiranya pengguna membahayakan diri sendiri (macam nak jadi hero). Setelah ditukar kepada Citizen dengan tema keselamatan. Aplikasi ni kembali di Apps Store. Aplikasi ini juga menasihatkan pengguna agar jauh dari sebarang tindakan yang berbahaya.


No comments:
Post a Comment