Full width home advertisement

Post Page Advertisement [Top]

Nak tengok penyu? Boleh ke Taman Negara Tanjung Datu. Tanjug Datu mempunyai hutan hujan, hidupan liar dan pantai yang cantik.

Menarik di Tanjung Datu

Tanjung Datu ni terletak di Telok Melano, warna air laut yang menghijau menjadiakn antara kawasan pandai yang cantik di Sarawak. Sini juga tempat persinggahan Penyu Hijau dan kepada mereka yang minat jungle trekking, beberapa laluan telah disediakan untuk menikmati hutan hujan dan hidupan liar.


Antara hidupan liar yang ada di sini ialah Ungka Borneo, Kera ekor panjang dan kera ekor pendek, Kera bekantan (hidung panjang), kancil, rusa, biawak, musang, dan pelbagai jenis burung. Burung enggang juga mudah kelihatan berterbangan.

 

Trekking Trails

Taman Negara Tanjung Datu mempunyai 4 laluan untuk berjalan sambil menikmati keindahan taman negara.

1. Trail Telok Melano (3.7km)
2. Trail Pasir Antu Laut (2.7km)
3. Trail Viewpoint (500m)
4. Trail Belian (2 km - 1 pusingan)

Penginapan

Buat masa sekarang tiada penginapan disediakan. Tetapi berkhemah dibolehkan di ruangan ibu pejabat Jabatan Hutan Sarawak.



No comments:

Post a Comment

Bottom Ad [Post Page]

| Designed by Colorlib