Boleh dikatakan pengguna lebih bergantung kepada google untuk membuat carian. Tetapi tanpa sedar, google memberikan carian yang boleh memberi keuntungan kepada mereka. Iaitu jawapan carian berbayar. Kemungkinan besar tak memberi jawapan yang relevan kepada pengguna.
You.com akan membuat carian berfokus dan menggunakan web-web berkaitan untuk melihat isi kandung carian. Ini boleh dilakukan dengan membuat carian pada fungsi tersedia.
Membuat carian di You.com menjadi lebih menarik dengan fungsi YouChat. Terus tanya kepada YouChat untuk mendapatkan jawapan. Sebagai contoh tentang Paracetamol. Siapa cipta, cara guna dan dos sesuai untuk kanak-kanak. Rasa seperti tanya langsung kepada yang pakar tanpa perlu buat bacaan penuh.
Seperti goole, carian gambar, video, berita dan peta (peta google) disediakan.
Ciri lain You.com
1. YouWrite
Tak ada idea untuk menulis artikel atau asignment? Ini caranya. Hanya perlu gambarkan apa yang ingin ditulis. Biar AI yang hasilkan untuk anda.
2.YouCode
Carian berkaitan dengan program dan code di web yang berkaitan.
3. YouImagine
Ini best, hasilkan gambar AI menggunakan gambaran yang diberikan. AI akan hasilkan gambar tersebut.
![]() |
| Hasil daripada AI |
4. YouStudy
Carian dibuat langsung ke web berkaitan pembelajaran seperti Quizlet, Chegg dan Brainly.
5. YouSocial
Carian langsung ke laman sosial.
6. YouShop
Carian langsung ke web jualan atau ecommerce.
Jom cuba You.com






No comments:
Post a Comment