Full width home advertisement

Post Page Advertisement [Top]

Oven Kek Lapis Sarawak ni sebenarnya ada macam-macam versi dan model. Yelah, kilang bukannya ada 1. Banyak kilang yang hasilkan Oven ni. Ada yang gred bagus. Aluminium memang jenis tebal (ini gred terbaik - dari Jawa) tapi harga memang mahal. Belum timbang lagi. Berat. Kos memang cecah nak dekat RM2,000. Kalau beli dari kilang tu memang murah lah. Ni nak bawa masuk Malaysia lagi. Caj sana-sini, upah sana sini. Melambung-lambung harga.

Untuk versi biasa ini. Aluminium tebal masih digunakan, tapi taklah tebal sangat. Ini memang model kebiasaan yang ada. Pihak kilang juga mengeluarkan model-model ikut request daripada pelanggan itu sendiri.

Kita juga boleh buat tempahan khas yang kita nak kedudukan api ada berapa, besar, panjang, lebar, berapa tingkat, berapa loyang mahu dan sebagainya. Sama seperti kita pergi ke kedai Cermin / Alluminium, bagi design, kita tempah. Tentulah harga dah lain sebab semuanya perlu kos.

Antara kedudukan api yang ada terjual biasanya adalah seperti berikut;

Model ini setiap level api berada di atas. Tambahan api ni. Kena tambah RM100 lagi.

Model ini pula ada model biasa yang dibeli orang Sarawak. Iaitu api di tengah-tengah. Secara kebiasaannya nak masak Kek Lapis Sarawak. Lapis yang bawah sekali atau permulaan, kita guna level atas dahulu. Sebab kita nak haba dari api tu untuk bagi masak bahagian bawah. Nanti dah lama-lama dan tebal nanti. tak masak pulak yang bawah tu. Lepas tu, barulah kita pindahkan ke bahagian bawah dan masak setiap layer dan layer. Api yang terhasil adalah warna biru, jadi memang cepat masak kek tu.


Model C ni. Tak banyak dijual. So, kena request. Pernah ditempah oleh seorang pelanggan. Alasannya dia nak letak air dibahagian bawah, dan kek di bahagian atas. Nak buat kukus katanya. Mungkin ada teknik masakan yang lain. Saya tak pandai buat kek . Jadi tak pasti pulak. Nak masak Ayam Golek mungkin sesuai untuk Oven ini.

Sekiranya anda ingin mendapatkan Oven Kek Lapis Sarawak. Anda boleh hubungi saya 0172140664 untuk maklumat lanjut. 

1 comment:

Bottom Ad [Post Page]

| Designed by Colorlib