Full width home advertisement

Post Page Advertisement [Top]


Saya pernah ditanyakan soalan ini. Terlalu subjektif sebenarnya. Mungkin lebih murah kalau produk anda memang murah dan kuantiti juga banyak agar dapat diserap kos ke dalam setiap unit.

Pertama sekali kita lihat kos yang perlu anda tanggung dengan melihat proses ini.

 
  1. Anda mengaturkan penghantaran dari Pihak Pembekal kepada Agen saya di Pontianak. Kos penghantaran ini adalah di antara anda dan pembekal anda. Penghantaran domestik Indonesia lebih murah daripada penghantaran domestik Malaysia.
  2. Setelah menerima barang. Agen saya akan memproses penghantaran. Mengikut saiz kotak. Agen akan mencari syarikat bas yang sesuai dan driver yang sesuai untuk melakukan penghantaran. Ada kalanya, Barang tidak dapat menggunakan bas biasa. Terpaksa menggunakan perkhidmatan penghantaran lain. Di sini Terdapat 2 kos yang perlu ditanggung oleh anda. Iaitu, Upah Agen & Upah Driver Bas perlu dibayar melalui saya. Ini kerana saya telah mempunyai akaun dengan Agen disana. Saya akan dahulukan wang saya dahulu.
  3. Upah Agen mengguna nilai Rupiah dan Upah Driver menggunakan nilai Ringgit.
  4. Upah Agen adalah tetap. Tetap Upah Driver bergantung dengan saiz barang dan jenis barang. Jadi menjadi tugas agen untuk berunding harga dengan driver atau mencari driver lain yang boleh tawarkan harga lebih murah dan keselamatan barang terjamin.
  5. Setelah barang dapat dihantar kepada saya. Saya akan ambil dan memulakan proses penghantaran kepada anda. Upah Saya pula adalah tetap dan bergantung sama ada saya perlu repacking atau terus hantar. Ini kerana, sesetengah packaging tidak mencapai standard penghantaran di Malaysia. 
  6. Anda akan menanggung kos Upah Saya dan Kos Penghantaran kepada anda. Anda diberi pilihan untuk menggunakan Forwarding Agent atau perkhidmatan Poslaju. Saya akan bagi pilihan sama ada mengunakan secara timbangan atau volume matrik.

Maka terserah kepada anda untuk membuat kiraan sendiri. Kos mana yang lebih murah. Sama ada pembekal anda terus hantar ke Malaysia atau menggunakan perkhidmatan saya. Apa yang pasti. Anda dapat menjimatkan duit import  dan caj-caj lain yang mungkin dikenakan selepas barang dihantar. Ini selalu berlaku untuk produk yang dimport dari negara luar.

No comments:

Post a Comment

Bottom Ad [Post Page]

| Designed by Colorlib