Saya mula menceburi bidang perniagaan sejak dari kecil lagi. Masa tu belajar buat keychain yang anyam daripada benang tu. Bila meningkat remaja, cuti sekolah bantu sepupu jual di tepi jalan jual rambutan, jagung bakar, air tebu dan macam-macam lagi. Masuk universiti juga saya suka bisnes secara kecil-kecilan, repair komputer orang, tolong buat assignment dan seludup rokok (ini bisnes paling menguntungkan) tapi sungguh bahaya.. Cukup menguntungkan sebab saya tak merokok.
Masa cuti semester, saya juga sentiasa dapat upah untuk perbaiki komputer. Walaupun saya bukanlah study dalam bidang komputer, tapi sebab minat, saya cuma ada secebis ilmu tapi bukanlah kepakaran. Ambil upah buat laman web dan sebagainya. Saya tak pernah serius untuk berniaga mungkin kena tiada desakkan.
Sehingga saya bekerja di Kuching. Saya bertemu jodoh dengan orang Sarawak. Isteri saya juga seorang yang suka berbisnes. Kadang-kala jika ada musim petai, kami akan menjual petai di pasar. Sekadar menghilangkan bosan.
Kerana minat membeli pakaian, isteri saya juga menjual pakaian fesyen wanita daripada Indonesia. Dari situlah kami mempunyai pengalaman dalam cara berurusan dengan pembekal dari sana dan urusan jual beli. Kami dapat rakan yang amat baik untuk membantu urusan kami. Belajar bagaimana untuk kukuhkan hubungan perniagaan.
Oleh kerana, saya ada kerja tetap. Maka, saya tidak dapat tumpukan sepenuhnya kepada perniagaan, jadi, jalan termudah adalah menggunakan Internet untuk berniaga. Perniagaan internet inilah pendapatan pasif kami sekeluarga. Alhamdulillah, setelah lama aktif menjual secara online, kami makin mendapat kepercayaan daripada pelanggan.
Memang agak mustahil jika difikirkan bagaimana kita nak percayakan seseorang. Adakah benar orang ini menjual barang. Adakah barang akan sampai dengan baik. Mana tak nya, banyak kes penipuan di internet. Ramai juga orang bertemu dengan orang yang salah.
Tapi kalau dah nama pun rezeki. Hanya Allah sahaja yang memberi rezeki. Maka, tentunya Allah akan menggerakkan hati seseorang untuk mempercayai kita, Allah yang mempertemukan kita untuk berurusan. Yang lainnya terserah kepada usaha kita untuk memperoleh.
Ini kerana, ada kalanya pasti kita hadapi sangat yang sangat sukar. Kebetulan perlu bayar ini dan ini. Kebetulan berlaku musibah yang tak disangka. Dalam masa yang sama. Sememangnya tiada rezeki yang masuk untuk meringankan beban. Inilah peristiwa yang pernah saya hadapi. Bak kata orang, betul-betul musim kemarau.
Yelah, nama pun bisnes Internet, ada masanya rezeki tidak berpihak kepada kita. Oleh itu, perkara yang perlu kita buat adalah usaha. Sebabnya, kalau kita usaha, walaupun usaha gunakan jalan yang lain. Insyallah, pasti akan dapat rezeki.
Inilah yang saya lakukan. Pernah semasa saya amat memerlukan wang. Oven tiada tempahan langsung. Ini kerana sebelum ini, tiap-tiap minggu saya pasti akan restock. Kiranya adalah rezeki lebih.
Saya terfikir, memang dah diatur Allah untuk uji saya dan keluarga. Sebab Allah takkan menguji seseorang itu sekiranya hambanya tidak mampu. Walaupun kita kata, sungguh berat ujian ni. Tak termampu lagi. Padahal, kita masih mampu berjalan .Masih ada anak yang menemani. Masih ada isteri di sisi. Ini sekadar ujian wang sahaja.
“Allah
tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”-
(QS Al-Baqarah ayat 286) - See more at:
http://www.arrahmah.com/read/2011/01/24/10756-setiap-kesulitan-ada-kemudahan-kita-bertanya-al-quran-menjawabnya.html#sthash.QZHqySka.dpuf
Maka macam-macam usaha saya lakukan. Kami merancang untuk menjual Nasi Lemak Malam. Dengan wang yang ada. Memang baget. Kami membeli bahan-bahan. Tak apalah, boleh dimakan nanti. Walaupun tiada lampu yang terang. Baru saja kami siapkan kanopi, datang seorang lelaki Cina. Datang dan lihat. Tanya jual apa. Kami kata Nasi Lemak. RM1 sahaja. Tanpa fikir panjang terus pesan 7 bungkus. Ya, Allah, kami betul-betul bersyukur. Sebabnya kalau dari jauh memang tak nampak pun kanopi kerana kurang cahaya. Tapi digerakkan hati beliau untuk berhenti dan beli. Seolah untuk memberi kami semangat untuk terus menjual walaupun serba kekurangan.“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”- (QS Al-Baqarah ayat 286) - See more at: http://www.arrahmah.com/read/2011/01/24/10756-setiap-kesulitan-ada-kemudahan-kita-bertanya-al-quran-menjawabnya.html#sthash.QZHqySka.dpuf“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”- (QS Al-Baqarah ayat 286) - See more at: http://www.arrahmah.com/read/2011/01/24/10756-setiap-kesulitan-ada-kemudahan-kita-bertanya-al-quran-menjawabnya.html#sthash.QZHqySka.dpuf“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”- (QS Al-Baqarah ayat 286) - See more at: http://www.arrahmah.com/read/2011/01/24/10756-setiap-kesulitan-ada-kemudahan-kita-bertanya-al-quran-menjawabnya.html#sthash.QZHqySka.dpuf“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”- (QS Al-Baqarah ayat 286)
Datang lagi lelaki Cina (sebab kawasan perumahan ini majoriti Cina), membeli 2 bungkus,
Syukur untuk malam tu je dapat jual 18 bungkus. Masa ingin pulang, seorang lelaki Melayu, datang dan cadangkan kami untuk jual di kawasan lain. Kawasan tu lebih ramai orang. Sebab dekat dengan pasaraya. Esoknya, kami pun pindah ke tempat baru. Sudah ada peniaga lain dikawasan tersebut. Abang jual segala jenis panggang, ajak untuk kami jual disebelahnya. Beliau mengalu-alukan kedatangan kami. Tidak ada riak seperti tercabar atau mencuri rezekinya.Seperti katanya, tiada masalah, kita sama-sama cari rezeki. Ada peniaga burger juga sebelah tu. Bermula pada malam tu, memang kami berjual Nasi Lemak Malam.
Memang benar, kalau kita usaha, pasti ada ganjaran. Masing-masing dengan rezekinya, Nasi Lemak kami habis terjual setiap malam. Adakalanya (terutama pertengahan bulan) ada yang berbaki. Rupanya sebenarnya rezeki untuk sedara terdekat untuk kami sedekahkan. Ada juga masanya. Tertunggu-tunggu mana pelanggan kami ni. Pelanggan tetap dah ada. Tapi hari ni tak muncul-muncul. Bila hampir jam 10 malam (kami tutup jam 10malam kerana pasaraya tutup awal. Kalau dah tutup pasaraya ni, memang sunyi lah). Kami diserbu orang. Sampai ada yang datang tapi Nasi Lemak dah habis.
Benarlah, kalau kita usaha. Pasti ada jalannya. Pasti ada rezekinya sebab Allah bersama orang yang usaha. Pada masa sama juga. Saya sibuk melayan mesej/panggilan telefon bertanyakan Oven Kek Lapis, servis belian barang dari Indonesia. Asal ada usaha walaupun jalan yang lain kami pilih. Tapi, Allah temukan rezeki untuk jalan yang biasa kami terima.
Sebab tu kami berpesan antara suami isteri. Berniaga makanan ni bagus. Paling mudah untuk kita bersedekah. Biar untung sedikit. Tapi kita dapat sedekah. Berniaga makan didik kita untuk jadi jujur. Kita makan apa yang kita jual. Jadi kita kena pastikan semuanya bersih. Apa yang kami lakukan untuk makanan yang kami makan di rumah. Kami buat perkara yang sama untuk makanan jualan kami.
Telur basuh dahulu, ikan bilis dibersihkan, dibuang kepala dan isi perut (saya tak suka makan ikan bilis berkepala dan bertaik2 di perutnya), barang mesti bersih, tangan dicuci.
Panjang pula post blog ni. Kalau sesiapa nak Oven Kek Lapis Sarawak boleh hubungi saya. Yang gambar produk el'aimin tu adalah produk bumiputera. Saya membantu dalam membuat laman web dan urusan promosi secara online.



No comments:
Post a Comment