Sekiranya berkunjung ke Kuching, Sarawak selain mencari tempat penginapan yang menarik, bagi mereka yang memilih untuk berkenderaan boleh fikirkan untuk mendaftar dua aplikasi ini. Ini kerana, percutian dan perjalanan akan lebih mudah dan memberi sedikit penjimatan.
Dua aplikasi ini ialah eWallet S Pay Global atau dahulunya dikenali sebagai SarawakPay dan Pay and Go untuk tujuan pembayaran parking tanpa tiket. Sekiranya perjalanan anda perlu keluar masuk shopping mall. Kebanyakan shopping mall menggunakan perkhidmatan ini untuk menguruskan sistem parkir mereka.
S Pay Global boleh dikatakan majoriti penduduk Sarawak menggunakannya. Ini kerana. bayaran Bantuan Khas Sarawakku Sayang juga melalui eWallet ini. Kedai dan gerai makan juga menawarkan pembayaran melalui S Pay Global. Antara sebab lain disukai oleh pengguna ialah bonus atau pulangan tunai selepas bayaran. Tanpa mengira bayaran apa, pengguna boleh mendapat pulangan tunai serenah 6 sen (untuk bayaran parkir RM1) atau pun sehingga 21 sen. Masa awal-awal diperkenalkan sehingga RM2 admin pernah dapat.
Namun begitu, pengguna perlu menambah nilai serendah RM30. Agak berat sekiranya hanya menggunakan untuk bayar parkir. Tapi tak perlu bimbang nak membeli pun boleh guna S Pay Global. Walaupun bayaran runcit, kalah sistem eWallet yang lain.
Pay and Go pula adalah service pengurusan parkir tanpa tiket. Pengunjung hanya perlu melalui penghadang dan no plat kereta akan dibaca. Apabila hendak keluar, buka aplikasi Pay and Go dan masukkan No. Plat kenderaan dapatkan total bayaran. Bayaran pula dibuat melalui S Pay Global. Walaupun ada pilihan bayaran untuk khidmat eWallet lain atau FPX, namun S Pay Global tetap memberi pulangan tunai. Kiosk pun disediakan tapi leceh pula nak beratur.Tapi malangnya, pengurusan parking di luar di bawah majlis bandaraya masih menggunakan sistem kupon gores. Amat menguntungkan kepada majlis kerana jualan buku kupon langsung diterima walaupun digunakan atau tidak. Tapi menyusahkan pengguna sebab perlu gunakan buka untuk nilai berbeza bagi setiap 30 minit yang berlalu. dari 20 sen, 50 sen dan 80 sen. Adalah lebih baik menggunakan sistem Pay and Go. Pengguna membuat bayaran awal. Penguakuasa boleh saja buat semakkan pada sistem sama ada kenderaan tu dah buat bayaran atau tidak.




No comments:
Post a Comment