Bantuan Khas Sarawakku Sayang yang mula diperkenalkan pada tahun 2020 telah banyak membantu penduduk Sarawak dalam menghadapi kesusahan sejak pandemik melanda negara. Bantuan berbentuk kewangan dan subsidi ini dapat memberi nafas lega kepada penduduk di negeri Sarawak terutamanya mereka yang terjejas teruk.
Bantuan BKSS ini meliputi semua peringkat dari golongan individu B40 dan juga kepada perniagaan dengan pelbagai pakej dan ransangan. Bagi tahun 2022, Kerajaan Negeri Sarawak telah umumkan BKSS 8.0 yang meliputi bantuan untuk Januari 2022 hingga Jun 2022. Bantuan yang majoriti dapat rasa ialah bantuan diskaun utiliti iaitu elektrik dan air.
Diskaun sebanyak 25% kepada pengguna domestik elektrik dan air. Nilai 25% ini memang tinggi. Sebagai contoh bil elektrik RM100 sebulan. RM25 diber diskaun dan begitu juga pada bil air. Iaitu minimum diskaun RM5.
Apabila masuk bulan Julai 2022 oleh kerana masih belum ada kata putus daripada kerajaan negeri untuk mengumumkan BKSS 9.0. Penduduk negeri mula terasa kenaikan bil. Namun begitu, atas keperihatinan kerjaan negeri. BKSS 9.0 telah diumumkan dan diskaun diteruskan bermula Julai 2022 hingga Disember 2022.
Pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 9.0 yang merangkumi 5 langkah bagi tempoh enam (6) bulan mulai Julai hingga Disember 2022.
Langkah Satu: Diskaun Bil Elektrik
Kerajaan Sarawak akan meneruskan inisiatif pemberian diskaun 5% sehingga 25% ke atas bil elektrik bulanan kepada pengguna Domestik, Komersil dan Industri termasuklah pengusaha dan peruncit makanan mulai Julai hingga Disember 2022. Diskaun ini akan memberi manfaat kepada 685,000 pemegang akaun di seluruh Sarawak. Kos keseluruhan diskaun bil elektrik ini berjumlah RM201.76 juta akan dibiayai oleh Kerajaan Sarawak.
Langkah Dua: Diskaun Bil Elektrik
Diskaun 10% hingga 25% ke atas bil air bulanan untuk pengguna
Domestik, Komersil dan Industri diteruskan mulai Julai hingga Disember
2022. Diskaun ini akan memberi manfaat kepada lebih daripada 685,000
pemegang akaun di seluruh Sarawak. Kos keseluruhan diskaun bil air ini
berjumlah RM35.34 juta akan dibiayai oleh Kerajaan Sarawak.LANGKAH 3: DISKAUN TAKSIRAN KADAR CUKAI PINTU
Diskaun 25% untuk taksiran Kadar Cukai Pintu tahunan melebihi RM400 dan diskaun 30% untuk Kadar Cukai Pintu tahunan RM400 dan ke bawah untuk premis kediaman, komersil, industri dan premis pegangan khas mulai Julai hingga Disember 2022.
Langkah ini akan memberi manfaat kepada lebih daripada 500,000 premis di bawah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan sekaligus meringankan beban rakyat dan peniaga di Sarawak. Keseluruhan kos diskaun ini akan melibatkan perbelanjaan Kerajaan Sarawak sebanyak RM54.0 juta.
LANGKAH 4: DISKAUN 50% SEWA PASAR DAN GERAI
Diskaun 50% sewa pasar dan gerai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk peniaga dan penjaja diteruskan bagi bulan Julai hingga Disember 2022. Bantuan ini akan memberi manfaat kepada lebih daripada 10,000 penjaja yang berdaftar yang menyewa pasar dan gerai di bawah PBT dan badan-badan berkanun. Keseluruhan kos diskaun ini akan melibatkan perbelanjaan Kerajaan Sarawak sebanyak RM1.73 juta.
LANGKAH 5: ADDITIONAL CONSTRUCTION MATERIALS UNDER THE SPECIAL PROVISIONS FOR VARIATION OF PRICE (VOP) 2.0
Bagi memastikan projek kerajaan negeri dapat dilaksanakan dengan baik dan sempurna. Kerajaan negeri telah menawarkan subsidi dengan membuat peruntukan Variation of Price (VOP) atau Perubahan Harga. Pastinya sekarang kos bahan mentah terutama bahan binaan meningkat dengan mendapat. Oleh itu kerajaan bersetuju untuk peruntukkan RM700 juta bagi beberapa bahagian yang terlibat dalam kenaikan harga.



No comments:
Post a Comment