Dibawah Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Kenyalang Gold Card atau dikenali sebagai KGC sebagai initiatif Kerajaan Negeri Sarawak dalam memberi perhatian kepada warga emas berumur 60 tahun. Initiatif ini dapat membantu kehidupan harian warga emas dengan kelebihan diskaun istimewa kepada pemegang.
Menariknya, pihak-pihak lain juga terlibat dalam menjayakan program ini. Menjadikan sebahagian daripada program Khidmat Komuniti daripada syarikat yang terlibat.Pemegang Kenyalang Gold Card layak untuk keistimewaan berikut;
Kad ini menawarkan:
- Diskaun dan rebat setiap hari ke atas barangan keperluan seperti, barangan keperluan dapur, makanan, penjagaan kesihatan, telekomunikasi dan pengangkutan.
- Manfaat lain seperti pekerjaan, jahitan, saloon rambut dan urutan.
- Tawaran istimewa yang bernilai tinggi
Jika anda berusia 60 tahun keatas, pemegang kad pengenalan berstatus “K”, atau penduduk tetap di Sarawak, anda hanya perlu mendaftar dan memuat turun aplikasi iSarawakCare untuk mendapatkan akses kepada diskaun atau rebat serta manfaat lain dan tawaran istimewa daripada Kenyalang Gold Card.
Setelah permohonan dan pendaftaran Kenyalang Gold Card Berjaya, anda akan menerima kad fizikal secara automatik selain dari akaun digital yang boleh digunakan dengan memuat turun aplikasi iSarawakCare.
Kenyalang Gold Card adalah salah satu cara kerajaan dan vendor di Sarawak untuk mengucapkan terima kasih atau “makseh banyak-banyak” atas segala yang anda telah lakukan untuk Sarawak dengan membesarkan keluarga anda, bekerja atau di dalam komuniti.
Berikut adalah panduan pendaftaran sebagai pemegang KGC
KGC adalah salah satu program dibawah iSarawakCare. Aplikasi ini juga menyediakan permohonan lain untuk warga Sarawak.
Bagi kanak-kanak yang lahir 2019 dan ke atas. Bantuan Simpanan RM1,000 diberikan oleh kerajaan Sarawak. Secara tidak langsung kanak-kanak dilahirkan telah pun mempunyai simpanan. Untuk ibu pula, bermula 1 Jan 2020. bantuan kelahiran sebanyak RM450 diberikan kepada ibu yang bersalin. Ini secara tidak langsung mengurangkan beban ibu bersalin.
Kepada orang Sarawak, jangan tak mohon bantuan-bantuan ini ya.





No comments:
Post a Comment