Tentunya sekiranya ingin datang ke Sarawak. Tarikan terbaru di Kuching adalah Borneo Culture Museum. Muzium yang mempunyai ruang pameran berkeluasan 6,726 meter persegi, muzium ini adalah muzium ke dua terbesar di Asia Tenggara.
Mempunyai lima (5) aras untuk dikunjungi, setiap aras mempunyai konsep berbeza untuk pengunjung lawati. Aras satu menempatkan kaunter, restoren dan kedai cenderahati. Ruang pameran dan sebarang program akan dianjurkan di aras 1. Auditorium juga ditempatkan di aras 1.
Galeri di aras tiga mempunyai ruang pameran terbesar dengan keluasan 2,188 meter persegi. Pameran “Keharmonian Alam dan Manusia” yang berkonsepkan imersif dan multisensori ini membawa para pengunjung meneliti hubungan di antara masyarakat setempat dengan alam semulajadi mereka. Naratif pameran ini juga adalah berdasarkan pengembaraan sungai yang merentasi tiga wilayah geografi utama.
Aras empat pula adalah pameran yang bertemakan “Peredaran Masa” yang mempamerkan objek yang memberi pendekatan kepada aspek pengajaran dan pembelajaran. Galeri informatif ini meliputi topik-topik dalam kurikulum sejarah dan sesuai untuk golongan pelajar. Galeri di aras ini turut mempamerkan artifak dan penemun daripada ekskavasi arkeologi di Sarawak. Pengisian galeri ini adalah berteraskan kepada pengenalan sejarah Sarawak yang bermula daripada era prasejarah sehingga zaman moden.
Akhir sekali, koleksi yang bernilai dan contoh terbaik budaya benda Sarawak akan dipamerkan di aras lima. Galeri yang bertemakan “Objek Idaman” ini merupakan pameran berorientasi artifak yang membolehkan para pengunjung untuk menikmati kehalusan seni dan keindahan artifak yang dipamerkan. Artifak-artifak tersebut mempamerkan kemahiran pertukangan dan nilai-nilai estetika seni kraf yang tinggi sehingga ia dianggap sebagai simbol status.
Borneo Cultures Museum merupakan salah satu daripada mercu tanda baharu yang terdapat di Bandaraya Kuching dan bakal menjadi tarikan utama kepada para pelancong untuk datang ke Sarawak.
Beroperasi setiap hari termasuk cuti umum. Tapi pengunjung perlu take note beberapa hari berikut kerana pada hari ini muzium akan ditutup. Iaitu Tahun Baru Cina, Hari Pekerja, Hari Raya, Hari Gawai, Hari Kemerdekaan Malaysia, Hari Jadi TYT Sarawak dan Hari Natal.
Oleh kerana tempoh lawatan percuma telah tamat. Pihak muzium telah kemaskini bayaran untuk kemasukkan dan tanpa perlu lagi tempahan. Pastinya, kanak-kanak warga Malaysia bawah 12 tahun adalah percuma. Dan terdapat sedikit perbezaan untuk Warga Malaysia yang berstatus negeri Sarawak atau luar Sarawak.
Bayaran boleh dilakukan melalui tunai atau e-Waller S Pay Global. Pastinya MyKad perlu ditunjukkan untuk memastikan memastikan untuk pengunjung lawak setiap kategori yang disediakan.
Apa kata cuti sekolah nanti datang ke Kuching, Sarawak dan berjalan-jalan di sekitar bandaraya. Selepas pandemik, banyak aktiviti-aktiviti menarik menanti pengunjung.





No comments:
Post a Comment