Pasti kita tak sangka yang ada juga makanan yang dilarang sesebuah negara. Walaupun sebenarnya negara lain tak ada masalah pun. Berikut adalah beberapa makanan yang dilarang diseluruh dunia yang buatkan anda pasti terkejut.
1. Almond Mentah
Almond mentah ini bermaksud biji almond yang tidak melalui proses pasteurized. Jualan langsung biji almond mentah di Amerika diharamkan. Oleh kerana biji almond 'mentah' ini dikuatiri mengandungi salmonella yang boleh mengakibatkan deman, cirit-birit dan kekejangan perut. Almond perlulah distim atau roasted - tapi jangan risau rasa almond tetap kekal almond.
2. Chewing Gum
Memastikan persekitaran yang bersih, kerajaan Singapura telah mengharamkan chewing gum pada tahun 1992. Namun, pada 2004, ada perubahan pada undang-undang untuk gula getah terapi (therapeutic gum) seperti nikotin gum atau gum berkaitan perubatan dibenarkan. Itu pun hanya melalui jualan di farmasi.
3. Durian
Jangan terkejut, durian yang selalu ditunggu rakyat Malaysia sebenarnya membuatkan orang luar tak selesa. Buatnya yang 'tak boleh bawa bincang' bagi masyarkat luar menyebatkan satu kejadian melucukan di Australia. Pada tahun 2019, sebuah universiti di negara kangggara tersebut terpaksa dikosogkan kerana bau durian yang disangkakan gas bocor! Jadi tak mengejutkan beberapa tempat awam dan kenderaan awam telah diharamkan dibeberapa negara termasuk Singapura. Pernah tengok amaran No Durian?
4. Kebab
Kerajaan Verona di Itali telah menggubal peraturan hanya makanan asli Itali sahaja boleh dijual di bandar-bandar yang disenarai dibawah UNESCO. Oleh itu, kedai kebab baru tak dapat dibuka sejak larangan ini. Bandar lain seperti Venice juga melaksanakan peraturan ini. Ada tak harapan nak jual laksa sarawak di Venice?
5. Ketchup
Ini bukan kicap ya. Tapi sos tomato kalau di Malaysia.Ketchup atau sos tomato rupanya dah lama jadi makanan kontroversi sejak bertahun lamanya. Perancis pernah melarang penggunaannya dalam makanan di sekolah rendah sementara beberapa restoren juga tidak membenarkan penggunaan sos tomato. Isreal juga pernah melarang Heinz untuk menjual 'ketchup' kerana resepi itu sendiri tak cukup tomato dalamnya.
6. Foie Gras
Ini sebenarnya adalah makanan Perancis diperbuat daripada lemak hati itik dan angsa. Makanan ini dikritik hebat sebabnya untuk mendapatkan hati yang besar 10x ganda daripada saiz normal, satu tiub besi akan disumbat ke mulut itik dan angsa terus ke hati. Banyak negara dah mengharamkan pengeluaran foie gras kerana kekejaman terhadap haiwan. Amboi, sos tomato pandai pula haram.
7. Susu mentah
Seronokkan tengok orang pergi ke kandang lembu tenusu, picit je nenen lembu, terus masuk ke mulut. Tapi susu mentah atau susu belum pastur memang rasa lebih enak tapi ianya sebenarnya diharam lebih 20 negeri di Amerika dan Kanada. Ini kerana susu mentah boleh mengandungi listeria, salmonella, E.coli dan campylobacter. Tetapi Eropoh tak haramkan meminum susu mentah. Dulu masa kecik, ada orang india naik basikal jual susu mentah. Sebelum minum, masak dulu dalam periuk. Nak minum, cedok dari periuk.
8. Avocado
Buah avocado ni kira macam trending, boleh kat semua menu nak letak avocado. Sebab tu, seorang ketua Chef di London melaungkan misi untuk mengharamkan penggunaan avocado dalam menu sarapan. Sebab dia dah bosan, sikit-sikit letak avocado. Sejak tu banyak juga restoren ikut jejak untuk menghasilkan sarapan tanpa avocado! Tapi cheese tak pula ye, banana cheese, karipap cheese, cheese kek, cheese kut lah.
9. Fugu
Fugu ni dihasilkan daripada ikan buntal. Kalau cara penyediaan tak betul kira macam menempah maut. Sebab ikan buntal ada neurotoxin yang akan buatkan pemakan lumpuh otot dan membawa maut. Makanan ini diharamkan di Eropah dan di Jepun hanya chef berlesen saja dibenarkan. Di Malaysia banyak menu ikan buntal ni. Tapi hati-hati lah kita.
10. Sirip Yu
Sup sirip yu memang popular di Asia. Tapi pada tahun 2000, 12 negeri di Amerika mengharamkan sirip yu atas alasan kepupusan ikan yu. Proses memperoleh sirip yu juga adalah kejam kerana setelah sirip di potong hidup-hidup, ikan yu akan dilepaskan ke laut dan dibiarkan mati. Kemudian, tahun 2019, Kanada juga mengharamkan jualan sirip yu.
Sumber: MSN

















No comments:
Post a Comment