Daerah Bau merupakah salah satu daerah dibawah pentadbiran Bahagian Kuching. Wujud sejak tahun 1820 oleh pelombong orang cina dari Sambas Indonesia. Bau dahulunya terkenal dengan pelombongan emas dan antimoni. Seterusnya pada tahun 1841, Rajah Brooke secara rasmi mengambil alih pelombongan emas dari orang cina.
Bau terkenal dengan gua batu kapur dan tasik buatan iaitu Tasik Biru. Tasik ini terjadi hasil daripada pelombongan emas. Tasik ini kelihatan seakan warna biru kerana kandungan arsenik yang tinggi.
Bagi menarik pelancong datang ke Daerah Bau, setiap tahun diadakan Pesta Tasik Biru sejak tahun 1951. Acara tahunan ini terhenti seketika pada tahun 2020 dan 2021 kerana pandemik. Bakal diadakan semula bermula 22 September 2022.
Antara program menarik adalah perasmian Jambatan Ganting Tasik Biru. Jambatan ini dirancang pembinaan sejak tahun 2016.
Pastinya yang ditunggu ialah Regatta Jong. Iaitu perahu layar mini berbentuk perahu Cina dan perahu ini bergantung sepenuhnya dengan kuasa angin. Acara ini dah lama dimainkan sejak zaman kolonial lagi. Bermula tahun 1950 dan seterusnya dimainkan setiap tahun. Menariknya jong yang dipertandingkan terdapat pelbagai jenis. Setiap jenis berbeza dari segi reka bentuk dan layarnya.
Antara jenis-jenis jong adalah Jong Skunar, Jong Bandung, Jong Barong, Jong Skuci dan Jong Kotak. Kelajuan jong ini boleh mencapai sehingga 40 km/j sekiranya layar dipasang dengan baik.





No comments:
Post a Comment