Full width home advertisement

Post Page Advertisement [Top]

Pasti ada yang perasan atau dah pun guna perkhidmatan kewangan terbaru Buy Now, Pay Later. Konsep sama macam sebelum ini, bayar kepala dulu, nanti baki bayar sikit-sikit. Sama juga macam guna kad kredit untuk easy pay.

Cuma penyedia perkhidmat ini memudahkan urusan dari segi pendaftaran dan tapisan berbanding buat loan dengan bank atau kedai. Paling menarik sekali tanpa interest. Apa yang dibeli, itulah yang akan dibayar untuk tempoh tertentu.Bunyi terlalu mudah kan? Ada sesuatu yang tersembunyi? Takkan bagi hutang tapi tak kaut untung. Celah mana penyedia ni nak datang untung? Kalau tak untung takkan sampai banyak penyedia perkhidmatan ni. Siap ada welcome bonus atau discount.

Apa itu Buy Now, Pay Later?

Walaupun ada Pay Later. Hampir semua memerlukan bayaran pertama dan bakinya akan dibayar mengikut tempoh yang dipersetujui. Pastinya terdapat tarikh akhir yang perlu dijelaskan setiap bulan. Sebagai contoh belian kerusi gaming bernilai RM400. RM400 akan dibahagi kepada 4 bulan iaitu sebanyak RM100/bulan. Untuk bulan pertama RM100 perlu dijelaskan terlebih dahulu. Seterusnya RM100 untuk setiap bulan berikutnya. Penyedia akan menyediakan jadual pembayaran akhir untuk memastikan pengguna membayar mengikut tempoh ditetapkan.

Ilustrasi 1

Belian kerusi gaming bernilai RM400 pada 2 Februari 2022. Bayaran bulanan RM100 tanpa interest.

Bulan 1 2/2/2022- RM100 - Bayaran segera

Bulan 2 2/3/2022 - Due RM100

Bulan 3 2/4/2022 - Due RM100

Bulan 4 2/5/2022 - Due RM100

Jumlah dibayar RM400

Nampak mudah bukan? Lain penyedia, tentunya lain terma dan syarat. Tapi, harus diingat, bila sesuatu terlalu manis, pastinya ada yang sakit kalau tersilap langkah.

Caj denda lewat bayar biasanya adalah terlalu tinggi. Sama ada secara peratusan atau nilai tetap. Mungkin penyedia ini mengenakan RM2 bagi setiap hari yang terlewat atau maksimum RM60.

Kelebihan Buy Now, Pay Later

  •  Zero Interest. Tiada bunga dan riba dikenakan. Mesra syariah. 
  • Tapisan kedudukan kewangan yang longgar. Biasanya mudah untuk berdaftar, tak check lebih-lebih sangat. Slip gaji pun tak minta. Biasanya perlu link kad debit dengan platform.
  • Bayaran dapat dikecilkan secara sama rata atau dilewatkan untuk satu tempoh tertentu. RM500 mungkin terlalu besar. Boleh dipecahkan kepada 3 bulan. Sama macam menabung, tapi lebih cepat dapat barang.

Kelemahan Buy Now, Pay Later

  • Caj bayaran lewat yang tinggi. Terlewat sikit, memang tiada maaf. Ada juga kalau dikira-kira, caj kad kredit murah lagi. So, jangan sampai terlewat. Bila confident baru apply.
  • Menggalakan pembelian tak penting. Sebab terlalu mudah kan? Biasanya platform akan sediakan limit belian macam kad kredit. Sebagai contoh RM2000 bagi permulaan. Mungkin akan buat kita shopping sakan. Mungkin lah.
  • Mudah kena blacklist. Bila lewat bayar, dia tetap akan laporkan prestasi kewangan kita. Mungkin boleh jejaskan masa nak berusuran dengan institusi kewangan.
  • Tak semua merchant atau kedai accept platform ini. Lain merchant akan ada lain penyedia yang mereka prefer. So, kena check dulu dengan merchant atau kedai.

Berikut adalah antara penyedia Buy Now, Pay Later yang banyak pilihan merchant.

 

1. Atome

Bertapak di Singapore adalah penyedia BNPL yang terbesar di Asia. Ada lebih 2000 retailer dan boleh tengok kat mana-mana. Online dan kedai fizikal juga banyak terima Atome. Pengalamn membeli belah menjadi lebih menarik. Atleast dapat juga sebagai penyelamat sekiranya tiba-tiba tak cukup duit tapi ada keperluan mendesak untuk beli.

Atome menawarkan 3 bulan installment dan caj lewat serendah RM30 atau maksimum RM60. Limit kredit RM1500 (bukan pengguna kad kredit) atau RM5000 (pengguna kad kredit). Anda perlu link debit atau credit card dengan aplikasi Atome.

 

2. Fave

Fave juga antara penyedia pengalamn membeli belah kepada pengguna. Selain cashback untuk setiap pembelian, banyak juga merchant yang menawarkan discount kepada pengguna Fave. Sama seperti Atome iaitu hanya 3 bulan saja. Tetapi caj lewat adalah sebanyak 1.5 peratus untuk baki akhir lewat bayar.

 

3. myIOU

Menawarkan tempoh yang fleksi iaitu 2,3 atau 6 bulan. Tetapi tak banyak merchant yang menawarkan mtIOU. Caj lewat adalah RM10 atau 1% untuk setiap bayaran. Ikut mana yang tinggi.

 

4. Hoolah

Hoolah sama popular dengan Atome. Sama-sama kelahiran Singapura. Tempoh untuk 3 bulan maksimum dan caj lewat yang terlalu tinggi. Caj ikut hutang. Antara RM7.50 hingga RM75. 

 

5. Paylater

Ini Paylate kepada singa bukan Grab PayLater. Tak sama ye. Bayaran boleh dibahagi kepada 4 bulan. Tapi bulan pertama perlu buat upfront. Caj lewat dikira setiap 7 hari yang lewat. So, seminggu lewat RM10, So kalau sebulan lewat RM40 kena. Up to RM120 kalau tak bayar. Banyak merchant yang terlibat. Sesuai sangat nak beli barangan elektronik.

 

6. Paylater by Grab

Ramai rakyat Malaysia ada app grab. Mudah saja nak aktivate dan buat belian pun mudah. Sama macam Paylater iaitu 4 bulan. Bulan pertama kena bayar dulu. Then 3 bulan sambung installment. Caj RM10 dikenakan jika terlewat bayar dan maksimum RM30 dikenakan. Paling best nak hutang Grabfood pun boleh. Tapi tak dapat nak buat installment. Grab dah set due date untuk bayar hutang setiap bulan. Kalau due date paylater 7hb. Setiap belian sebelum 7hb akan dikumpul pada tarikh tersebut. Tak ada istilah, beli hari ini, bulan depan bayar. Hutang Paylater installment tak sama macam hutang Grabfood.

Bagus juga ni, sebab hujung-hujung bulan tak cukup duit, tapi tekak nak pizza. Boleh hutang dulu.

 

7. SPaylater by Shopee

Apps berhantu dari Shopee pun ada Paylater juga. Maksimum boleh sampai RM10,000.  Pergh, memang masuk cart dan terus hutang je lah. Tapi tak bestnya. Walaupun bayaran boleh dipecah kepada 2,3,6 atau 12 bulan, interest dikenakan setiap bulan untuk total belian.

Ilustrasi 2

Hutang telefon RM2500 dan pilih untuk ansuran 6 bulan. Caj 1.5% x RM2500 x 6 bulan = RM225 dikenakan. So total RM2500 + RM225 dibahagikan kepada 6 bulan. Tapi kalau nak paylater bulan depan je baru bayar. Or istilah nanti gaji bayar. Tiada fee dikenakan. Kalau lewat kena caj RM10.

Di platform yang sama juga. Peniaga offer cash transfer untuk loan shopee ni. Dah macam Ah Long pula.

Contoh

Ilustrasi 3

Ali ada limit Paylater RM3000. Buat belian dengan peniaga di Shopee DUit Now RM200. Lepas jualan berjaya. Ali hutang Shopee RM228 (SPaylater) dan penjual transfer RM200 ke akaun bank Ali.Untung RM28 mat.











No comments:

Post a Comment

Bottom Ad [Post Page]

| Designed by Colorlib