Kaul adalah perayaan tradisi yang diraikan oleh kaum Melanau yang tinggal di sepanjang pantai Sarawak. Pada masa lalu, Kaul dilihat sebagai satu majlis keagamaan untuk menenangkan roh-roh laut, tanah, hutan dan ladang yang menjadikannya sebagai perayaan yang paling penting dalam tahun kaum Melanau Pagan.
Ia adalah upacara penyucian dan kesyukuran serta salah satu restu untuk memperoleh kedamaian serta nasib yang baik dalam menjalani kehidupan seharian. Ia diadakan pada permulaan dalam kalendar kaum Melanau Pagan yang menandakan musim tengkujuh telah berlalu yang memberi kesan kepada kehidupan mereka sebagai petani dan nelayan.
Pesta berlangsung seminggu tapi kemuncak pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad sebab time tu orang cuti. Maka penuhlah Bandar Mukah dengan pelbagai ragam. Rugi kalau tak pergi.
Sebab saya mungkin akan ke sana untuk membuat promosi produk. Jumpa di sana...


No comments:
Post a Comment