Full width home advertisement

Post Page Advertisement [Top]

Pernah pergi Sri Aman? Sri Aman atau nama lamanya Simanggang. Dari Kuching, ambil masa antara 2 jam setengah atau 3 jam perjalanan sejauh 193km (sebab takdak highway) Tapi boleh la. Kena gaya memang cepat sampai.

Jangan salah faham pula kalau sebut perkataan benak. Kalau negeri lain. Mungkin benak bermaksud kurang bijak. Tapi benak ini adalah ombak kecil. Cuma pada pesta ini akan terjadi ombak yang besar. 


Pesta setiap tahun ini memang dinanti-nantikan oleh pengunjung dalam dan luar negara. Sebab ini satu-satu nya tempat ada ombak besar di sungai. Sebenarnya, saya pun tak pernah ada kesempatan untuk mengunjungi Pesta Benak ni sebab komitmen kerja dan susah nak booking hotel di Sri Aman. Sentiasa full. Jadi kena tempat awal-awal.

Antara aktiviti menarik yang dirancang ialah .
  1. Regatta Benak Batang Lupar
  2. Luncur Benak (luncur ombak)
  3. Mr. Benak
  4. Miss Tourism Benak
  5. Persembahan Kesenian dan Kebudayaan 
  6. Pameran dan jualan dari pelbagai agensi
Masih belum terlambat untuk ke Sri Aman untuk merasai sendiri kehebatan benak ini.

Ini gambar dari web lain.


"Nang Ramei Datang Nangga Benak" - Memang ramai datang tengok benar.

No comments:

Post a Comment

Bottom Ad [Post Page]

| Designed by Colorlib