Tumblr adalah antara tempat untuk masyarakat dunia berkongsi kandungan lucah kerana policy kandungan yang longgar. Selepas beberapa ketika, Tumblr mengeluarkan policy baru yang lebih selamat, banyak kandungan ini telah pun dikuburkan.
Baru ini (September 2022) Tumblr memberi gambaran dalam kemaskini panduan komuniti pengguna,
"Kami kini menjemput jangkaun lebih luar untuk ekspresi. kreativity dan seni di Tumblr termasuklah bentuk manusia (ya, termasuk bentuk manusia berbogel). Jadi, sekiranya karya anda mengandungi adegan bogel, dewasa dan tema seksual, anda kini boleh kongsi di Tumblr dengan menggunakan Community Label yang sesuai. Namun begitu, aksi seks explisit (seks secara langsung ataua jelas) tetap akan disekat."
Tumblr mengharamkan kandungan dewasa termasuklah frasa mempamerkan puting wanita pada tahun 2018 semasa dimiliki oleh Verizon. Setelah dijual kepada pemilik Wordpress.com (Automattic), CEO Matt Mullenberg menyatakan untuk kembalikan kandungan dewasa secara menyeluruh adalah agak mustihail. Ini kerana sebahagian besar polisi yang ada pada perkhidmatan infrastruktur internet masih tidak membenarkan kandungan dewasa contohnya pemproses pembayaran dan iOS App Store dari Apple. Ini secara langsung memberi kesukaran untuk app Tumblr berada di App Store sebagai aplikasi umum.




No comments:
Post a Comment