Telefon pintar sememangnya sudah pintar. Kebanyakkan telefon bukan saja dibekalkan dengan peranti pintar, cip yang dipasang di pengecas dan telefon bagi mengawal pengecasan telefon pintar ada lebih selamat, pantas dan menjimatkan elektrik.
Oleh kerana hayat bateri dikira dengan jumlah kitaran pengecasan penuh. Digalakkan untuk caj bateri tidak sampai 100%. Dicadangkan caj sehingga 80%. Sehingga bateri mencapai bawah 30% pun, dah boleh untuk caj bateri. Pengecasan penuh dari 0% hingga 100% hanya dicadangkan sekali sekala untuk meningkatkan prestasi bateri dan tujuan kalibrasi bateri untuk memberi maklumat sebenar dalam telefon.
Paling terbaik adalah cas telefon tidak melebihi suhu 45 darjah celsius dan terbaik adalah cas dan tinggal. Jangan gunakan telefon semasa cas terutama sekali bermain games. Ini menyebabkan berlaku penggunaan bateri dan bateri menjadi lebih panas. Elakkan juga untuk cas dibawah cahajaya matahari. Lebihan panas antara penyebab kepada bateri cepat rosak dan memendekkan jangka hayat bateri.
Masa mengeas juga memainkan peranan penting. Terutama sekali apabila cas ketika penggunaan bateri pada waktu puncak. Ini kerana, pada waktu puncak, penggunaan elektrik menjadi lebih tinggi dan menyebabkan arus elektrik tidak terkawal. Begitu juga tabiat caj dan biarkan telefon sehingga penuh tanpa tutup langsung. Ini juga boleh menyebabkan risiko terlebih arus dan merosakkan komponen pada telefon. Walaupun pengecas dan telefon sekali banyak tersedia fungsi auto tutup aliran elektrik, tetapi sebagai langkah berjaga-jaga elakkan tabiat ini.




No comments:
Post a Comment