Full width home advertisement

Post Page Advertisement [Top]

Lama saya tak kemaskini blog Oven Kek Lapis Sarikin / Sarawak ini. Bukan tak jual. Tapi sebab terlalu sibuk dengan jualan Minyak Angin Aromatherapy. Produk paling laris dan hot di Malaysia sekarang ini.

Walaupun saya dikirakan agak terlewat untuk menjual Freshcare / Safecare / Javaspa / Aromatic / VFresh ini. Tapi sambutannya sungguh menggalakkan. Dalam hanya tidak sampai 2 bulan sahaja. Jualan ini melebihi rekod jualan setengah tahun Oven Kek Lapis!


Tidak sampai seminggu saya buat promosi. Saya sudah ada 3 orang pelanggan. Kemudian, selepas 3 minggu saya membuat keputusan untuk rekodkan semua di dalam web jualan. Mana tak nya. Pening juga nak uruskan 12 pesanan daripada pelbagai pelanggan dengan saya pula benarkan untuk mereka campurkan mana-mana kombinasi bauan yang mereka mau.

Dari Excel, saya tukar kepada web jualan. Akhirnya, lebih mudah untuk saya finalkan jumlah keseluruhan yang perlu saya ambil dari pembekal. Oleh kerana, saya menjalan perniagaan biar margin kecil tapi keuntungan berterusan. Sambutan semakin menggalakkan. Sampaikan saya sendiri minta pelanggan saya jangan like Page atau Post saya di Page saya fb.com/freshcareborong bimbang nanti pelanggan sedia ada mereka dapat melihat Page saya.

Kalau ikutkan sebagai peniaga, mestilah saya suka kerana ada pelanggan baru. Tapi bagi saya adalah lebih baik kalau pelanggan akhi mendapatkan daripada penjual daripada terus daripada pemborong. Sekurang-kurangnya kita dapat meneruskan rantaian bekalan dan memberi peluang masing-masing mendapat berkongsi rezeki. Tapi kalau jual sampai terlalu mahal. Memang saya tak galakkan lah.

Modal termasuk pos dari saya tak sampai RM5. Janganlah sampai nak jual RM15 kan sebotol. Tapi, jangan pula nak jual RM6 (Ini membunuh pasaran. Sendiri penat, sendiri yang tak untung).

Sekiranya anda ingin mulakan perniagaan. Boleh miliki Freshcare harga serendah RM155 (36 botol boleh campur-campur).

Sebelum ini saya jual RM55 termasuk pos untuk sedozen. Tapi saya dah stop sebab nak bagi laluan kepada pelanggan-pelanggan saya jual secara runcit. 


No comments:

Post a Comment

Bottom Ad [Post Page]

| Designed by Colorlib