Full width home advertisement

Post Page Advertisement [Top]



Alhamdulillah, Jumaat lepas 4 September 2015 telah selesai perkhidmatan untuk membawa masuk produk dari Indonesia. Bukan sedikit, tapi 50kg! Tugas yang rumit sebab ini adalah batik. Sebenarnya saya nak menolak sebab terlalu rumit. Tapi sebab kesian kerana pelanggan ni dah keluarkan modal dan produk tersangkut di Indonesia.

Bermula dengan penghantaran melalui jalan laut (Feri) ke Pontianak. Seterusnya saya perlu ke sempadan untuk mengambilnya. Tapi perkiraan saya salah sebab orang yang sepatutnya saya upah untuk bawakan ke sempadan ada masalah kesihatan dan motosikal nya yang tidak mampu untuk membawa muatan 50kg.

Nasib ada kenalan warga Indonesia yang kerap menggunakan jalan sempadan ini untuk ke kampung halaman. Dengan rasa berat hari. Terpaksa redah juga. Ini ibarat anda di Perlis seberang ke Danok tanpa border pass. Sekadar pelapasna daripada kenalan yang sudah biasa ke sana.

Memang ada risiko. Tapi, sebab amanah saya selesaikan juga. Mungkin ini tugas terakhir untuk batik. Memang susah nak kawtim dengan orang sana. Nak minta tolong mereka yang memang menjual batik pun tak dapat. Sebab mereka nak kita beli batik mereka.

Apa pun, syukur semua selamat. Selesa tugas rumit. Saya harap, kepada mereka yang perlukan perkhidmatan saya. Harap batalkan niat untuk ambil batik. Sebab memang rumit. Task ini ambil masa seminggu sebab perlu co-ordinate dengan ramai orang. Pass sana, pass sini.

No comments:

Post a Comment

Bottom Ad [Post Page]

| Designed by Colorlib