Dah tak lama lagi kita nak sambut hari gemilang iaitu Hari GST 1Malaysia. Mana tak nya, ramai sungguh orang berbelanja sakan untuk membuat persiapan sempena GST ni. Sambutan ini pasti gilang gemilang sebab semua agama dan bangsa sama-sama membuat persiapan sempena GST nanti.
Saya yakin mereka yang membeli belah saat akhir ini bukan sebab nak dapatkan barang murah. Tapi sekadar untuk persiapan menyambut GST ini. Bolehlah kita kunjung mengunjung rumah sanak saudara dan sahabat handai pada 1 April ini untuk sama-sama menyambut Hari GST.
Jangan risau saya takkan kenakan GST kerana saya bukanlah pengutip yang berdaftar. Cuma yang membimbangkan saya ialah caj penghantaran yang dikenakan oleh syarikat. Mungkin syarikat kurier saya gunakan sekarang ini bukanlah syarikat yang berdaftar, tapi pastinya perkhidmatan dan network yang digunakan akan mengenakan caj 6%.
Jadi tahun ini menjadi tahun yang mencabar untuk kita semua. Berbanding tahun lepas. Agak mudah untuk saya mencari kotak, kos penghantaran yang agak rendah. Tetapi berdepan dengan kos minyak. Tapi tahun ini, walaupun harga minyak dah berkurang, tapi kos penghantaran meningkat, kotak terpaksa di beli kerana barang-barang recycle sekarang terlalu bernilai. Pasaraya sendiri dah tak buang kotak. Dah siap ikat kontrak dengan pembeli barangan lusuh untuk mengambil kotak-kotak.
Tetapi harga oven saya akan pastikan tidak berubah. Selagi tiada tekanan daripada pihak pembekal atau pihak pengantar. Biar sedikit tapi ramai merasanya.
Hubungi saya untuk menempah Oven Kek Lapis Sarawak 0172140664
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




No comments:
Post a Comment