Nampaknya cuaca di Sarawak tak menentu. Selalunya macam ini lah sebelum Tahun Baru Cina, pasti akan berlaku hujan lebat berpanjangan dan sehinggalah selepas Tahun Baru Cina, cuaca kembali stabil.
Cuaca hujan yang membimbangkan saya bila kotak yang digunakan untuk membungkus kotak terkena air. Takut pulak nanti menjadi nipis dan membuatkan oven mudah kemek. Ini kerana kita tak tahu macam agen kurier di tempat lain buat kerja.
Macam kita naik flight juga. Walaupun kita rasa kita dah bayar mahal untuk naik kapal terbang dan sepatutnya pengurusan di bahagian simpanan kargo ada terbaik juga. Tapi pekerja2 yang tidak bertanggungjawab dan kebanyakkan warga asing. Main lempar2 beg. Risiko tetap ada.
Kalau saya balut tebal2, kos meningkat kerana kotak sahaja hampir 4kg beratnya digunakan untuk membalut oven. Sekarang kotak dah susah nak dapat sebab supermarket sekarang lebih memilih untuk menjual semula kepada syarikat kitar semula daripada menjual kepada orang awam. Kena pandai2 pusing bandar untuk meminta kotak. Macam-macam hal sekarang ni.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment