Full width home advertisement

Post Page Advertisement [Top]

Beberapa tempat di Sarawak telah dinaiki banjir setelah 3 hari berturut-turut hujan tanpa henti dan keadaan air pasang tinggi yang akan berlaku sepanjang minggu ini.

Paras Sungai Sarawak dalam keadaan berjaga-jaga kerana air telah melimpah di tebingan sungai.

Sebelum air tinggi

Keadaan di Serikin juga membimbangkan ini kerana jalan ke Serikin juga dinaiki air. Laluan utama dari Indonesia ke Serikin juga ada banyak tempat telah dinaiki air. Ini juga menjejaskan aktiviti jualan di Serikin.

Jalan ke Serikin yang dinaiki air. Oleh itu dinasikatkan untuk mereka yang ingin ke Serikin supaya elakkan untuk ke sana. Ini kerana beberapa tempat di Bau juga dinaiki air. Bimbang berlaku sesuatu yang tidak diingini. Semoga dipermudahkan urusan dan air cepat surut.



Sementara itu telah berlaku satu runtuhan jalan di Jln Puncak Borneo. Runtuhan ini telah menyebabkan beberapa buah Kpg (Kpg Karu,Kpg Bayur) Jln Kpg Sibuang-Kpg Simuti-Kpg Sibakar & Jln Kpg Begu terputus hubungan

Tempahan Oven Kek Lapis terpaksa saya tangguhkan sementara waktu. Tetapi Syukur kerana saya sempat untuk menghantar bagi tempahan minggu lepas seperti yang dijanjikan dan pihak kurier masih beroperasi seperti biasa kerana kawasan utama tidak terjejas akibat banjir.




No comments:

Post a Comment

Bottom Ad [Post Page]

| Designed by Colorlib