Mee Udang dah jadi kegilaan sekarang di Bandar Kuching. Seketika dulu, Kuching di landa kegilaan Nasi Ayam Penyet. Semua peniaga berlumba-lumba untuk menghasilkan ayam goreng berempah terbaik dan sambal yang menjilat jari. Sekarang, Nasi Ayam Penyet ada seperti menu-menu lain. Menu biasa sahaja.
Kali ini, semua kedai berlumba-lumba untuk menghasilkan Mee Udang yang tersedap, udang fresh, udang galah, udang laut mahupun udang biasa.Mee Udang yang ingin saya kongsi ialah, Mee Udang Teh Tarik Kaferia (Jalan Demak). Sekadar stall yang menyewa di kafeteria ini. Namun Mee Udangnya memang sedap. Walaupun menggunakan udang biasa. Tapi rasa manis pada kuah udangnya dan menggunakan mee kuning sendiri, membuatkan kita tidak rasa muak rasa mee tersebut.
Harga juga berpatutan, iaitu RM4.00 Biasa dan RM5.50 untuk Special. Sudah menjadi bualan Mee Udang ini dikalangan pengguna FB Kuching.
Untuk makluman, kafeteria ini dibuka seawal jam 7 pagi dan ditutup pada jam 11 malam. Terdapat pelbagai menu lain seperti Nasi Arab, Nasi Ambeng Johor, Bakso, Mee Kolok, Ayam Panggang dan banyak lagi.



No comments:
Post a Comment