Baru-baru ini, Chef Sabri telah memperkenal menu terbaru di Pai Thai Tom Yam Putih, Matang iaitu Mee Ketam di FBnya. Lepas lihat ketam yang besar memenuhi pinggan. Segera saya dan keluarga ke sana untuk mencuba menu terbaru ini.
Hanya RM20.00, seekor ketam bersaiz besar dihidangkan bersama mee yang rasanya seperti mee bandung. Mee yang manis dan terasa manis ketamnya. Amat berbaloi untuk mencubanya.
Terdapat juga Mee Udang Galah berharga RM35.00, pasti akan dicuba kerana menurut Chef, Udang galah bersaiz besar dihidangkan bersama udang-udang bersaiz kecil.
Sekiranya saya telah cuba. Saya akan upload disini.
Menarik restoren ini ialah, mereka menyajikan makanan-makanan dari Sarawak dan Semenanjung.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



No comments:
Post a Comment