Full width home advertisement

Post Page Advertisement [Top]

Antara cabaran dalam penjualan Oven ni adalah nak pastikan Oven Kek Lapis selamat sampai dan dalam keadaan seperti mana yang saya hantar. Sesetengah kawasan dah memang ada risiko sebab jarak dan sikap kurier itu sendiri.

Walaupun letak warning sekalipun kalau pekerja jenis tak ambil kisah. Memang terus jadinya. Saya faham sebab pelanggan bayar untuk dapatkan barang yang terbaik. Saya pun cuba sebaik mungkin.

Mereka yang sudah beli daripada saya mesti dah tahu. Berapa banyak 'sampah' yang perlu dibuang apabila membuka balutan kotak pada Oven Kek Lapis ni.

Oleh itu, baru ini saya membuat percubaan untuk menghantar kepada seorang pelanggan saya ini menggunakan bingkai kayu. Kos memang meningkat. Kerana, biasanya, Oven Saiz sederhana sekitar 16kg sahaja. Tetapi bila bertambah kayu, meningkat kepada 19kg. Iaitu tambahan sebanyak RM30!

Tetapi nilai RM30 tambahan ini saya tanggung dahulu (pelanggan ini bayar awal kepada saya - oleh itu persediaan awal dapat dilakukan). Saya tak pandai bertukang. Jadi saya perlu upah tukang juga).

Untuk premium ini. Sebanyak RM30 akan dicajkan sekiranya anda inginkan packing premium ini.

Tapi janganlah anda fikir kalau tak bayar premium, saya buat suka hati pula ye. Sebab saya tetap akan balut tebal-tebal. Tapi kalau dah tukar handle tu lebih bebal dari kotak yang tebal tu. Memang tak dapat nak buat apa dah.

Tapi buat masa ni. Biar saya tanggung dulu kos ini. Asal anda buat bayaran penuh pada hari Rabu.




No comments:

Post a Comment

Bottom Ad [Post Page]

| Designed by Colorlib