Full width home advertisement

Post Page Advertisement [Top]

Pada hari Sabtu lepas, saya telah dijemput rakan niaga saya ke perkampungn beliau di berhampiran sempadan Malaysia - Indonesia. Sama seperti kita di Malaysia. Di sana tengah meriah untuk sambutan 17 Augustus (Sambutan kemerdekaan Indonesia).

Pelbagai aktiviti dijalankan paling meriah, adalah Fun Fair. Pada 17 Ogos pula akan ada sambutan pelbagai aktiviti menarik. Tapi saya tak dapat datang pada 17 Ogos sebab isteri pun dah hampir due.

Sambutan hanya setahun sekali. Ramailah orang kampung dari jauh-jauh, pendalaman keluar untuk sama-sama bergembira. Mana taknya. Ada permainan kanak-kanak, ada jualan, ada makanan dan pastinya ada Dangdut!


Que paling panjang ialah Keretapi. Beratur panjang nak letak anak round-round naik kereta api. Tempoh perjalan dalam 2 minit. (Bila orang ramai, pandai pula cepat habis). Yang lucu, anak yang tak nak turun. Terpaksa lah si ibu bayar lagi. Hanya 5,00 rupih saja sekali main. Anak saya pun main sampai 2 kali. Walaupun bagi kita ini macam terlalu simple. Tapi betapa gembiranya anak-anak ini bila dapat permainan seperti ini.
Memancing sampai lebam. Hanya sekali bayaran. Anak-anak boleh main pancing-pancing sehingga bosan dan diganti dengan yang lain.

Tak jauh ada juga persembahan dangdut. Ini tak berapa nak gemar. Pakai punyalah seksi. Amatlah tak sesuai bila dah ramai kanak-kanak dan anak remaja turun. Rakan niaga saya juga tak setuju. Nasiblah pentas persembahan agak jauh dari tempat utama.

Kepada mereka yang SMS/PM/Wassap yang tak berbalas saya minta maaf. Kerana saya hanya berada di sana sebentar. So, saya malas nak aktifkan internet di sana walaupun ada Simcard Indonesia.

Malam ini sambutan di Kuching, Padang Merdeka (10 Ogos) untuk kempen Kibarkan Jalur Gemilang. Dengar cerita ada artis-artis lain. Paling best ada artis Korea. Kumpulan 2.6B. Kalau kesempatan bolehlah tengok. Mana tau dapat duit derma sejuta dua.. Hehehe..

Kepada mereka yang inginkan Oven Kek Lapis Sarawak, FreshCare, VFresh, JavaSpa atau SafeCare boleh hubungi saya 0172140664.

No comments:

Post a Comment

Bottom Ad [Post Page]

| Designed by Colorlib