Ini adalah soalan yang paling kerap ditanya oleh mereka yang baru membeli Oven Kek Lapis Sarawak. Bagi mereka yang sudah biasa atau pernah pergi ke kelas membuat Kek Lapis (menggunakan oven ini) tentu dah diberi penerangan oleh cikgu-cikgu memasak masing-masing.
Jangan takut dengan lubang kat belakang ni. Sebab ini adalah lubang udara. Ini contoh kalau dibuka paip yang disambung di lubang tersebut. Ini dipanggil jarum. Terdapat satu lubang kecil. Gas akan ditembak terus ke dalam oven bersama-sama oksigen. Seperti yang kita tahu. Pembakaran sempurna memerlukan oksigen yang cukup.
Api biru akan terhasil. Pastikan anda tidak menutup lubang tersebut. Jangan takut sebab tidak akan berlaku kebocoran. Sekiranya dah lama guna, tiba-tiba prestasi api oven anda makin turun. Keluar api kuning, atau tak keluar gas. Cuba cucuk dengan jarum pada lubang ini atau ketuk-ketuk je. Akan keluar kotoran putih-putih. Lepas tu, lancar je gas.
Setelah penerangan panjang lebar. Semuanya dah ok. Pelanggan pun dah berpuas hati.
Sekiranya anda ingin memiliki Oven Kek Lapis, Sila hubungi saya 0172140664 untuk maklumat lanjut.






Salam nak tanya kalau pos ke semenanjung packing guna kotak macamtu je ke? Xde kerosakan ke nanti?
ReplyDelete