Full width home advertisement

Post Page Advertisement [Top]

Syukur alhamdulillah. pelanggan berpuas hati dengan servis saya untuk pengurusan pembelian daripada Indonesia. Dua kotak besar dibawah ini ada pesanan daripada beliau daripada supplier di Indonesia. Menurut puan ini, pembelian sebelum ini menggunakan pos antarabangsa terus daripada Indonesia. Maka, beliau terpaksa menanggung 2 kos iaitu kos penghantaran dan hasil daripada pemeriksaan kastam, beliau terpaksa membayar duti import.

Kalau diikutkan mengikut berat kotak dan saiz volume metric kotak ini adalah seperti berikut;
Panjang 60cm x 40cm x 30cm (lebih kurang)

Ini adalah kiraan daripada web EMS Indonesia untuk anggaran kos penghantaran ke Malaysia daripada Indonesia


Kalau ditukarkan ke dalam RM. Adalah lebih kurang  RM458.21/kotak


Kos pos sahaja dah hampir RM1k. Belum risiko duit Kastam. Saya dapat membantu puan ini penjimatan hampir 50% daripada kos yang sepatutnya beliau bayar dan penjimatan daripada kemungkinan untuk duti kastam. 

Tapi untuk kes ini. Oleh kerana puan ini mempunyai kenalan yang akan pulang ke KL. Beliau menumpangkan kargo beliau oleh itu. Beliau telah jimat hampir 80% dari kos keseluruhan.

Namun begitu, saya tidaklah menerima semua jenis barang. Ini kerana, bergantung dengan saiz sesuatu barang. Jika terlalu besar, pasti tak dapat untuk di elak untuk pemeriksaan Kastam di sempadan. Barangan juga hendaklah bukan barangan terlarang atau kain batik. Barangan lain boleh lagi. Sebab saya bukan penyeludup, tapi sekadar membantu untuk urusan jual beli dari Indonesia.

Ini kerana, saya mempunyai agen yang membantu urusan belian dan penghantaran. Penghantaran daripada dalam Indonesia adalah lebih murah. Kemudian, dibawa masuk ke Malaysia melalui sempadan. Dan saya menghantar mengguna syarikat kurier dari Malaysia. Jadi penjimatan dari segi caj antarabangsa dan penjimatan masa.

Untuk maklumat lanjut bolehlah hubungi saya 0172140664 untuk urusan.


No comments:

Post a Comment

Bottom Ad [Post Page]

| Designed by Colorlib