Full width home advertisement

Post Page Advertisement [Top]

Ramai pernah pergi ke Serikin kan? Sebab sini terdapat nya produk-produk Indonesia yang dijual warga Indonesia di sini. Dari pakaian, buah tangan, mainan, hiasan, rotan, dan produk-produk kampung lain. Baju-baju dan kain-kain pun banyak. 

Harga pulak memang murah, tapi ada juga yang agak mahal. Kita kenalah pandai tawar. Kalau ada duit rupiah lagi la diorang suka. Bagi je duit rupiah. Selalunya minta dalam rupiah, lagi murah. Tapi janganlah menekan diorang sampai nak murah sangat-sangat. Kita kena tahu yang diorang datang nak cari rezeki. Bukan dekat perjalanan diorang.

Kedai-kedai yang nampak buruk tu sebenarnya disewa dan dibayar tiap-tiap bulan. Stok pula disimpan di dalam bilik sewa. Mereka akan tiba pada petang hari Jumaat dan bermalam di bilik simpanan stok mereka (atau ruangan kedai sendiri) dan pulang pada hari Ahad petang.

Sebab tu kalau nak datang shopping kena datang Hari Sabtu (Sampai jam 6 petang masih buka) dan pada hari Ahad, waktu petang dalam jam 2 petang, dah banyak kedai-kedai yang tutup.

Sabtu lepas, saya kesempatan untuk masuk ke kawasan sempadan Malaysia - Indonesia untuk mengambil barang daripada agen saya. Ini kerana agen saya tidak dapat masuk ke Malaysia kerana tiada Pas Luar Batas (Border Pass).

Saya cerita secara back foward. Iaitu Perjalanan daripada Pontianak ke Serikin (Malaysia). Ini kerana, kebanyakan peniaga di Serikin adalah orang Pontianak. Ada juga yang sekitar sempadan atau orang Serikin sendiri. Kalau anda perasan, diorang akan cakap KL sikit. Bukan diorang buat-buat. Tapi  memang orang Pontianak cakap macam tu. Inilah bahasa Melayu Pontianak. (Cubalah jalan-jalan ke Pontianak). Mudah untuk anda komunikasi di sana. 

Kalau ikut goole map ni, Inilah perjalan diorang dari Pontianak ke Serikin. Macam dekat sebab google just calculate ikut jarak. Tapi jalan dia bukan bagus sangat. Berbukit, selekoh, kecil, dan stesyen minyak cuma ada di bandar sahaja. Terpaksa beli dari gerai-gerai tepi jalan pada harga yang jauh lebih tinggi. Cuba bayang yang bawa Oven Kek Lapis guna motosikal. Sekali angkut 4 biji. Upah antara RM5 ke RM10 untuk setiap Oven.

Lepas tu, antara perbatasan Indonesia - Malaysia. Memang tak dak jalan pun. Just jalan batu-batu dan jalan kelapa sawit. Ini jalan persendirian. Ikut perancangan akan dibuka ICQ dan projek bekalan elektrik Malaysia - Indonesia. (Malaysia supply ke Indonesia). Nampak dekat. Tapi, nak setengah jam juga if hari hujan dan jalan memang berlopak-lopak. Naik motosikal laju sikit lah.

Di sini lah sempadannya. Malaysia dan Indonesia. Garisan Antarabangsa. Ini pusatnya untuk bertukar-tukar dagangan dan bertukar-tukar kenderaan. Lain tempat lainlah undang-undangnya. Kawasan ini dimiliki oleh orang kampung kawasan ini. Jadi, pihak dari Indonesia akan turun disini dan menggunakan perkhidmatan Ojek (Motosikal Sewa - Teksi). Dah dari Pontianak. Stop, dan guna khidmat Ojek dari kawasan ini. Masing-masing perlu mencari rezeki. Jadi perlulah bahagi-bahagi rezeki. Ini kata seorang peniaga di Serikin. Walaupun dia mampu bawa semua barang dagangnya dengan kenderaan nya sendiri.

Di sini juga saya ambil barang saya dari agen. Kerana disini, tiada sebarang checkpoint.

Lepas tu, tak jauh dari sini, akan ada sungai kecil. Tapi dalam. Sekiranya  selepas hujan lebat. Dan air gunung turun. Memang dalam. Hilux saya pun tak lepas. Kena tunggu surut dulu.


Lepas tu kita perlu lalui checkpoint tentera Malaysia. Thanks to them. Sebab menjaga ke amanan negara. Melakukan tapisan dan pemeriksaan. Ini kerana, Imigresen ada di Serikin bukan di sempadan. Jadi, tentera pula yang main peranan macam imigresen. Diorang check PLB, diorang check barang-barang (macam Kastam). Ambil rekod. 

Saya just info untuk ke batas depan tu ambil barang dan pulang. Mereka akan nasihat untuk tidak lama di sana. Jangan pergi lebih jauh. Cuba guna laluan passport di Tebedu. 

Seterusnya, bermulalah jalan berliku-liku, tanah merah, berbatu. Walapun jarak dekat. Tapi, memang perlahan terpaksa bawa. Memang melompat walaupun Hilux! Dah nama jalan sawit.



Sebelum tiba ke Serikin. Semua peniaga perlu melalui jalan berTOL ini. Betul-betul tahan orang lalu. Mereka perlu bayar RM1 setiap kali melepasi laluan ini. Untuk kenderaan sebanyak RM10sehala! Dulu, hanya kanopi 10x10 saja. Sekarang dah ada bilik siap. 24 jam lagi. So, saya pergi dan balik perlu membayar RM20 TOL untuk jalan yang buruk. Nak buat macam mana. Ini adalah tanah persendirian. Ini kos yang peniaga Serikin perlu bayar.

Seterusnya tibalah di Serikin.


Mendung je hari. Sebab hujan. Inilah perjalan yang agak sukar oleh peniaga ini. So, paham-pahamlah ye. Kalau tak untung takkan lah dia sanggup susah payah. Betul. Tinggal keluarga pada Sabtu dan Ahad untuk berniaga tiap-tiap minggu.

Kepada yang perlukan khidmat pembelian daripada Indonesia. Boleh hubungi saya. Tapi kalau terpaksa guna laluan Sempadan. Kos terpaksa saya tinggi sikit. Kalau setakat guna bas. Tak kisah pun saya.


No comments:

Post a Comment

Bottom Ad [Post Page]

| Designed by Colorlib