Full width home advertisement

Post Page Advertisement [Top]

Saya rasa isu batik Malaysia dan batik Indonesia ni dah lama. Sedia maklum yang ada wujud konflik yang klaim masing-masing punya warisan. Tapi bagi saya masing-masing ada corak tersendiri. Dah nama serumpun, mesti lah lebih kurang sama. Macam Nasi Lemak, Beras, kuih, kek  apa semua tu.

Bukankah Parameswara sendiri datang ke Melaka untuk buka kerajaan. Tak hairanlah dari zaman dahulu lagi dah banyak bertukar budaya. Lainlah kalau sekarang Indonesia cipta Rokok Kretek. Tiba-tiba Malaysia ada Rokok Krepek. Nampak sangat menirunya.

Perang Batik ni kalau di baca, sampai ada arahan batik antara dua negara tak dapat dijual bagi mengelak berlaku penguasaan batik luar dan batik dalam negara. So, tak dapat lah kita nak tukar taste dan nak merasa lain dari yang lain kalau ada sekatan macam ni.

Ini daripada web MITI.  Jadual Ke 2, Bahagian 3. Batik adalah barangan import yang perlukan lesen import. Tapi tak tertakluk pada Labuan, Langkawi & Tioman. Kiranya kawasan bebas cukai takda pun syarat perlu ada Lesen Import.

Ini situasi sedang dihadapi oleh pelanggan saya. Beliau minta saya tolong uruskan membawa batik dari Indonesia ke Malaysia. Oleh kerana sekatan ini. Maka, saya tak dapat nak bawa ikut cara mudah.

Saya terpaksa menggunakan cara lain. Melibatkan kos yang tinggi dan masa. Saya tak dapat nak main sms je kat agen saya. Kena buat international call juga. Tapi sebab rasa tanggungjawab, jadi saya teruskan juga lah. Saya sendiri faham, kita dah keluar modal. Baik ambil saja barang tu dari tak dapat langsung barang.

Dengan segala usaha yang ada, saya usaha dapatkan batik dengan apa jua cara yang ada. Ini pengajaran untuk saya. Elakkan untuk membeli batik dari Indonesia. Jika mahu, dapatkan terus daripada bekalan yang sudah masuk ke Malaysia.

Pelanggan saya terpaksa menanggung kos yang agak tinggi. Sepatutnya dapat dijimatkan lagi. Iaitu,

  1. Kos Upah Agen di Pontianak = RM60 (Ini kerana, agen saya bukan sahaja sekadar menerima barang. Tetapi dia juga perlu mendapatkan agen lain untuk membawa barangan ke sempadan. Kita kena faham, di sana bukan macam kita di sini, ramai ada kereta. Agen saya guna motosikal saja. Seorang ibu. Demi menyara keluarga, pelbagai usaha beliau lakukan. Mungkin nampak mudah. Tapi nilai RM60 ini sebenarnya kecil sangat-sangat dengan usaha yang beliau lakukan untuk setiap pesanan yang saya terima.
  2. Kos Pengangkutan & Agen di sempadan. RM200. Maaf, ini bukan highway bertol. Jalan yang bengkang-bengkok, dan kecil. Jauh perjalanan sebenarnya. Bila dah masuk jalan sini. Minyak bukan lagi pada harga pasaran. Tapi minyak petrol adalah di gerai-gerai tepi jalan (minyak galon) dengan harga mark-up nak dekat RM3/L.
  3. Setelah tiba di sebuah desa di sempadan. Agen di sana akan simpan dan bawa ke Sempadan Serikin dan serahkan kepada saya.
    Saya akan bertolak dari rumah saya untuk terus ke Serikin. Sekiranya agen tiada Pas Luar Batas (Border Pass), saya akan tanggung kos untuk buatkan PLB tersebut untuk membolehkan beliau melepasi imigresen.
  4. Antara laluan Jagoi Babang - Serikin. Semua peniaga kecil ini terpaksa melalui tanah persendirian milik seorang pemilik ladang kelapa sawit. Ini adalah laluan utama. Dan beliau mengenakan TOL! Ya, ini tanah persendirian dan beliau ada hak. Oleh itu, setiap motosikal akan dikenakan caj dan kereta dikenakan RM10 untuk sekali lalu. Pergh!!! Pergi balik dah kena RM20! Untuk jalan tanah berbatu dan tiada tar langsung!
  5. Kemudian saya akan uruskan semua.
  6. Belum masuk kos upah Penghantaran dan duit minyak saya.
Memang rumit untuk hal batik ni. Tapi saya akan usahakan. Selalunya saya gunakan laluan ini untuk barangan yang besar dan tidak dapat menggunakan bas. Tapi sayangnya, barang ini kecil. Tapi sebab ianya adalah batik. Maka, agak rumit laluanya.

Saya sentiasa meletakkan diri saya di tempat pelanggan saya. Oleh itu, saya pastikan tidak mengenakan caj yang tinggi sekadar untuk mengaut untung besar. Saya juga peniaga, saya juga pengguna. Tak lah dapat pergi Haji terus pun kalau saya caj mahal-mahal. Kos RM260 itu sendiri adalah yang saya bayar langsung kepada agen saya. Janji kerja saya setel.

Sekiranya anda inginkan Oven kek lapis bolehlah hubungi saya. Saya dapat berikan diskaun sekiranya ada mendapat pesanan sebelumnya. Maka, anda mendapat penjimatan daripada saya. Ini kerana anda berkongsi kos minyak. Saya tak caj double untuk minyak.

No comments:

Post a Comment

Bottom Ad [Post Page]

| Designed by Colorlib