Minggu lepas penghantaran menggunakan perkhidmatan bas. Dah lama tak guna perkhidmatan bas ni sebab lebih banyak pesanan dari luar Sarawak.Kali ini saya hantar melalui bas ke Bintulu.
Penghantaran ke menggunakan bas lebih mudah sebenarnya kerana tidak ditimbang. Tetapi saiz pula yang menjadi ukuran. Kalau besar sangat, nak sumbat di kargo pun tak dapat. Nak bawa naik ke atas pun tak boleh. Cuma kalau berat pun, tak kisah sangat sebab tak timbang.
Hari ini juga saya telah refund RM50.00 kepada pelanggan ini kerana, saya terpaksa meletakkan harga tinggi sedikit kerana saya tidak dapat menjangka harga sebenar kos penghantaran ke Bintulu. Oleh kerana kos lebih murah dari jangkaan saya. Maka, saya pulangkan kembali wang puan tersebut ke akaun Maybank nya.
Ini kerana, harga jualan saya adalah RM850.00 dan tak kaya pun kalau saya caj lebih RM50 walhal kos keseluruhan tidak lebih dari harga jualan saya.
Sekiranya anda inginkan Oven Kek Lapis Sarawak, anda bolehlah hubungi saya 0172140664 untuk maklumat lanjut.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)





No comments:
Post a Comment