Ahmad Shabery menjanjikan penurunan hargai internet asas sehingga 57%. Maksudnya hampir separuh. Adakah kerajaan dah tetapkan kelajuan asas internet? Kalau internet asas pada kelajuan 1Mbps. Maka semua pakej-pakej internet perlu tingkatkan sekurang-kurangnya 1Mbps, tiada lagi 384kbps atau 512kbps. Minimum adalah 1Mbps. Ini baru betul. Sebab kalau ikut ayat twitter dibawah internet asas untuk 1Mbps.
@JPenerangan
TM akn menawarkn pakej #jalurlebar asas pada RM38 sebulan utk 1Mbps penggunaan data percuma sehingga 1GB. Penurunan 57% dr hrga semasa RM88
What? Percuma 1GB? Lebih Murah tapi ada kuota? Come on. Internet sekarang bukan macam dulu, sesuai dengan kelajuan purata internet dunia. Saiz dah besar-besar, kualiti dah cantik-cantik. Bukan zaman mms.
Saya harap kerajaan patut kaji semula untuk harga di kawal oleh pihak monopoli ini. Biar harga lebih murah untuk semua pakej internet. Biar wujud persaingan dan perkhidmatan internet. Dan memberi rakyat lebih banyak pilihan dan kemampuan untuk memiliki jalur lebar yang betul-betul lebar. Bukan namanya internet kelajuan tinggi, tapi semput-semput nak masuk ke laman web.
Kepada mereka yang inginkan Oven Kek Lapis Sarawak, boleh lah hubungi saya untuk maklumat lanjut. 0172140664.



No comments:
Post a Comment