Full width home advertisement

Post Page Advertisement [Top]

Setiap hujung minggu saya akan restock Oven Kek Lapis Sarawak. Restock tu sebenarnya taklah saya ambil ready stock. Tapi saya beli tempahan yang saya terima sepanjang minggu tersebut. Ini kerana saya tiada ruangan yang cukup untuk menyimpan Oven Kek Lapis Sarawak ini di rumah. Gudang simpanan rakan saya pun telah penuh dengan pelbagai produk lain. Oleh itu, saya lebih suka mengambil sendiri setiap minggu mengikut tempahan. Adakalanya saya akan pergi dua kali sekiranya tempahan melebihi daripada 4 Oven Kek Lapis Sarawak.


Ini adalah Oven Saiz Besar. Berharga RM850 termasuk pos ke Semenanjung atau RM880 ke Kota Kinabalu. Ini saiz besar ini dah makan ruangan di stor rumah saya. Untuk packing pula perlukan ruangan lebih besar kerana saya perlu membalut oven menggunakan kotak bagi mengelak oven menjadi kemek (tapi menjadi luar kawalan saya sekiranya pihak penghantar bertindak kasar terhadap barangan.

 Saya perlu sediakan nota yang cukup untuk memaklumkan kepada pihak penghantar bahawa barangan di dalam ini mudah pecah. Lekat merata-rata. Meletak nota tambahan bahawa terdapat oven di dalam.
Oven Dibungkus

Oven yang telah siap dipacking sedang menunggu syarikat kurier untuk mengambilnya. Ini kerana saya telah menempah hari Isnin sebagai hari penghantaran. Agar oven dapat sampai pada minggu itu juga. Bagi mengelak pelanggan tertunggu-tunggu.

Sekiranya anda ingin memiliki Oven Kek Lapis Sarawak. Anda boleh hubungi saya di 0172140664 untuk maklumat lanjut.

No comments:

Post a Comment

Bottom Ad [Post Page]

| Designed by Colorlib