Cabaran utama sekarang dalam jualan Oven Kek Lapis Sarawak adalah membungkus dengan rapi untuk mengelak daripada kemek. Ini kerana, badan Oven Kek Lapis ni adalah aluminum tebal. Tapi tak lah tebal sangat sehinggakan boleh menyebab dia jadi lebih berat. Sebarang hentakkan kuat, boleh menyebabkan Oven kemek.
Oleh itu, saya terpaksa menyediakan kotak yang tebal dan membalut rapi setiap penjuru. Tetapi bergantung juga pada pengendali kurier. Mereka yang bekerja tidak disiplin boleh mengakibatkan kerosakan. Kerusi rotan pun boleh patah kalau handling tak betul.
Sekarang ni paling susah nak cari kotak. Dulu, kedai-kedai dan supermarket dengan selambanya membuang kotak di belakang premis. Tapi sekarang, dah siap berkunci lagi. Bila minta sedikit atau offer untuk beli. Mereka bagitahu dah ada syarikat recycle yang datang ambil.
Ini memang mencabar kerena, saya terpaksa berpusing-pusing ke setiap premis untuk mencuba nasib. Alhamdulillah, ada juga pekerja yang baik hati untuk memberikan kotak. Walaupun saya offer untuk beli. Terutama seorang pekerja Popular. Begitu mudah dia memberi kotak bila bertanya.
Nampaknya terpaksa terus ke kedai recycle untuk membeli kembali kotak-kotak daripada mereka.
Sekiranya anda inginkan Oven Kek Lapis Sarawak, boleh hubungi 0172140664 untuk maklumat lanjut.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



No comments:
Post a Comment