Full width home advertisement

Post Page Advertisement [Top]

Kalau dikira ramai yang telefon atau SMS saya bertanyakan tentang set memanah daripada set Oven Kek Lapis Sarawak walaupun blog ini sebenarnya lebih utama untuk menjual oven.

Sebelum ini memang saya aktif mengambil stok daripada Indonesia untuk set memanah murah. Tetapi malangnya stok yang datang tidak seperti di dalam gambar dan oleh kerana barang dihantar jauh dan dari tangan ke tangan.

Saya rasa malu untuk menjual kepada orang lain kerana keadaan panah yang tidak baik. Saya terpaksa simpan stok ini mungkin akan berikan kepada guru sekolah berdekatan untuk digunakan tujuan latihan kepada pelajar sekolah.

Maaf sekiranya saya tidak dapat membantu mereka yang memerlukan set memanah yang murah dan tujuan latihan.

No comments:

Post a Comment

Bottom Ad [Post Page]

| Designed by Colorlib