Full width home advertisement

Post Page Advertisement [Top]


Sudah terima BR1M 2015 di bank anda? Sejak 11hb, dah ramai menerima BR1M 2015 ke dalam bank akaun. Kali ini nilai BR1M dinaikkan dan bayaran sebanyak 3 kali dalam setahun untuk Isi Rumah (Pasangan Berkahwin) dan bayaran secara one-off untuk Individu (Bujang).

Sebanyak RM950 setahun di terima untuk mereka bergaji RM3,000 dan ke bawah dan RM750 bagi gaji antara RM3,000 ke RM4,000. Walaupun kalau dikira ini terlalu sedikit sebab sekali pergi ke supermarket, cepat je clear. Tapi kurang-kurang, masih ada 2 kali lagi pembayaran iaitu pada bulan Mei dan bayaran terakhir pada bulan September.

BR1M ini secara tidak langsung melegakan sedikit rakyat Malaysia tetapi agak membimbangkan kerana, harga barang yang semakin meningkat dan GST yang bakal dilaksanakan.

Baru-baru ini saya ke sebuah restoran kegemaran saya kerana harga makanan yang murah dan tidak caj dan cukai seperti restoran makanan segera lain. Kini restoran tersebut telah mula mengenakan cukai. Untuk 2 biji burger saya perlu membayar RM0.30. Kalau dikumpul2 perbelanjaan lain, entah berapa banyak lagi bayaran cukai saya perlu bayar.

Amatlah tidak logik kalau kerajaan ingin menghalang pekedai menaikkan harga walaupun GST dilaksanakan kerana tidak semua barang dikenakan GST. Tapi pihak kerajaan perlu tahu bahawa peniaga adalah pengguna, peniaga mempunyai pekerja. Peniaga juga terkesan dengan GST bila peniaga sendiri membeli barangan. Pekerja juga terkesan dan mengadu kepada peniaga akan menaikkan gaji pekerja atas kesan GST. Maka, pasti berantai yang mana untuk menaikkan gaji, kos meningkat, maka keuntungan perlu ditingkatkan. Maka harga jualan pun perlu dinaikkan.

Saya sendiri menghadapi kenaikan kos penghantaran sebanyak RM50 bila masuk tahun baru ini kerana pihak kurier telah menaikkan harga kurier. Bayangkan, harga saya tidak naikkan tetapi saya terpaksa serat kos sebanyak RM50. Oleh kerana saya tiada kedai untuk disewa dan mempunyai kerja tetap, oleh itu tidak banyak kos-kos lain yang perlu saya tanggung dan saya anggap bukanlah rezeki saya.

No comments:

Post a Comment

Bottom Ad [Post Page]

| Designed by Colorlib