Sudah lama saya tak update blog Oven Sarikin ini. Bukan sebab tiada stok atau tiada jualan. Jualan memang berlangsung. Tetapi kerana beberapa perniagaan lain yang perlu saya uruskan dan kerja hakiki yang semakin bertambah bila menjelang hujung tahun.
Sepanjang 3 bulan ini saya terlibat secara langsung dengan perniagaan kereta terpakai (sungguh menguntungkan tetapi perlu usaha yang lebih) dan perniagaan kosmetik (ini perlukan komitmen untuk meyakinkan pelanggan kerana produk baru dan belum terkenal).
Bisnes yang jauh berbeza dengan kerja hakiki saya dan baru-baru ini saya terlibat dalam kumpulan Inovasi di tempat kerja saya dan memenangi tempat ke3 atas projek kami. Syukur, ada rezeki juga di situ.
Penghantaran masih berlangsung seperti biasa iaitu pada hari Isnin setiap minggu. Oleh kerana saya terlalu sibuk, saya akan kumpul order dan meminta pihak kurier datang sendiri untuk mengambil Oven dari rumah saya.
Saya harap tahun hadapan menjadi lebih baik dan urusan perniagaan dapat diserahkan terus kepada isteri saya. Sebab sekarang isteri saya lebih arif tentang perniagaan pakaian dari Indonesia dan perlu banyak belajar mengenai jualan Oven Kek Lapis Sarawak ini.
Sekiranya anda ingin membeli Oven Kek Lapis Sarawak, anda boleh berhubung terus dengan saya untuk mendapat harga jimat dari saya. 0172140664 untuk maklumat lanjut.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment