Full width home advertisement

Post Page Advertisement [Top]

Nampaknya minggu ini minggu yang sibuk untuk saya. Mendapat 3 tempahan Oven Kek Lapis Sarawak dan 5 Tikar Rotan Sarawak. Ini memudahkan lagi saya mendesak pihak kurier untuk mengambil sendiri barang dari rumah saya tanpa perlu saya menghantar ke syarikat.

Oleh kerana di Kuching mengalami cuaca yang tak menentu, seperti hujang lebat pada waktu petang. Saya bimbangkan barang di kargo belakang pickup saya kena saya tiada canvas untuk tutup.

Saya masih menunggu pesanan daripada pelanggan baru sehingga hari Sabtu 12.00 tengahari sebelum menutup order untuk minggu ini.

Syukur pelanggan-pelanggan Tikar Sarawak dapat menerima permintaan saya tentang tikar sarawak ini. Oleh kerana corak ini pelbagai dan campur-campur. Susah saya nak pastikan rekaan yang sebenar seperti dalam gambar adalah seperti yang saya pos. Ini kerana, Tikar Sarawak ni disimpan di stor rakan saya. Oleh kerana ruangan rumah saya yang tidak besar, saya terpaksa menumpang di stor rakan saya. Beliau juga menjalankan perniagaan secara offline di Kuching. Kemungkinan design-design yang telah saya tangkap gambar, telah dijual oleh beliau.

Pengambilan secara pukal juga membuatkan kami tidak dapat nak memilih corak-corak tertentu sahaja. Bukan seperti tikar evamatik, Kami boleh memilih rekaan-rekaan kartun yang popular. Dan rekaan juga tetap.

Tapi, Tikar Sarawak ini. Rekaan tak tetap. Ikut mood tukang anyam. Ada berbeza sikit. Tapi rekaan lebih kurang sama antara satu-satu design. Jadi, saya akan berikan yang terbaik mengikut cita rasa pelanggan nyatakan. Harganya pastinya berbaloi-baloi.

No comments:

Post a Comment

Bottom Ad [Post Page]

| Designed by Colorlib