Amat rugi jika anda ke Kuching tetapi tidak mengambil masa untuk melihat ikon negeri ini — si orang utan.
Untuk melihat haiwan terancam ini, anda hanya perlu melawat Pusat
Hidupan Liar Semenggoh yang terletak kira-kira 30 minit perjalanan dari
pusat bandar Kuching.
Pusat yang dibina pada 1920 ini sebenarnya bukan khusus untuk orang
utan tetapi adalah tempat rawatan lebih 1,000 ekor haiwan liar. Tetapi
oleh kerana ianya cukup berjaya memulihara orang utan, tempat ini
sinonim dengan haiwan itu.
Orang utan yang telah dipulihara dilepaskan ke hutan di sekitar
kawasan ini dan haiwan-haiwan separa liar ini kerap kembali ke Semenggoh
untuk makan dua kali sehari. Jadi ini adalah waktu terbaik untuk anda
datang untuk melihat orang utan jantan yang beratnya melebihi 100kg
makan di atas pokok bersama-sama orang utan betina dan bayi-bayi mereka.
Menariknya orang utan di sini mempunyai nama seperti manusia. Jadi
jangan terkejut bila Delima atau Salina dipanggil turun dari pokok
tinggi untuk diberi makan.
Selain melihat orang utan, anda boleh merasa dingin hutan dan
mendengar bunyi unggas dengan berjalan melalui 5 denai dan laluan
berkayu yang disediakan di sini. Perjalanan denai ini mengambil masa 5
ke 30 minit untuk dihabiskan.
Terdapat juga haiwan lain seperti buaya. Anda boleh melihat secara dekat dan hanya pagar besi sahaja yang memisahkan anda.
Penting
Malangnya ia ditutup pada hujung minggu.
Jika anda datang dengan bas awam, anda perlu berjalan kira-kira 25 minit dari pintu luar sebelum sampai ke tempat makan orang Utan.
Orang hutan dibiarkan bebas dan tidak berpagar.
Harga Tiket
Dewasa RM3
Waktu Makan Orang Utan
10:00 pg & 3:00 ptg




No comments:
Post a Comment