Sekiranya dikira pada kos penghantaran. Dianggarkan hampir separuh daripada harga barang yang kita beli. Ini kerana, penghantaran antarabang melibatkan kos insuran yang tinggi dan duti-duti dan caj-caj tambahan.
Ini adalah contoh pembelian online dari Indonesia oleh saya sendiri.
Saya telah membeli barangan kayu dari Padang, Sumatera Barat, Indonesia pada 8 Ogos 2014. Pembayaran menggunakan akaun Mandiri. Setiap minggu atau mengikut keperluan saya akan menambah sejumlah wang untuk simpanan rakan niaga saya di Indonesia untuk tujuan pembayaran. Ini kerana, caj untuk Western Union adalah RM10 pertransaksi.
Saya dapat jimatkan caj pertransaksi untuk WU sekiranya pembelian melibat 2 atau 3 pembekal.
Setelah membuat perbandingan saya dapati,
Oleh itu, alternatif yang ada ialah menghantar ke Pontianak, Indonesia cuma IDR80,000 dan mengikut rate dari WU IDR3,501 = RM23.00
Parcel saya dihantar pada 10 Ogos 2014 dan hanya mengambil masa 1 hari sahaja.
Kalau dibandingkan dengan kos Poslaju dari Kuching ke KL, untuk 3 kg ialah sebanyak RM29.50
Agak mahal kan? Tapi masih lebih jimat. Bagaimana pula kos penghantaran dari Pontianak ke Kuching, Sarawak? Adakah dikenakan caj antarabangsa?
Oleh kerana Kalimantan Barat bersempadan dengan Sarawak. Parcel boleh dihantar menggunakan perkhidmatan bas atau ambil sendiri di sempadan.
Kos pengurusan penghantaran, repackaging dan kos pengiriman wang kepada pembekal (termasuk upah rakan niaga adalah IDR200,000 hingga IDR250,000. Ini bergantung kepada saiz barang, berat barang dan akaun bank pembekal. Selain Mandiri, caj tambah terpaksa dikenakan. Harga pengurusan sekitar RM57 hingga RM71
Jadi, berapa kos keseluruhan yang telah saya keluarkan untuk mendapatkan pesanan saya ini?
RM23 + RM57 = RM80 sahaja.
Saya dapat jimatkan hampir RM120 untuk pengeposan sahaja. Tambahan poslaju adalah mengikut berapa berat ke seluruh Malaysia, contohnya tambahan RM30 sekiranya parcel tersebut perlu dikirim ke KL.
Inilah kelebihan yang saya ada untuk menjual barangan berkualiti daripada Indonesia pada harga yang menjimatkan.
*Risiko ditipu pembekal juga adalah tinggi. Oleh itu sila pastikan anda menyemak rekod jualan dan harga yang ditawarkan adalah munasabah. Penipu di mana-mana. Sekiranya anda ditipu oleh pembekal. Bukanlah menjadi tanggungjawab rakan niaga saya. Tugas beliau cuma menyelia penerimaan barang.








Hi, Boleh Tanya.. Macam mana transfer barang dari bis pertama ( yg berasal dari kota lain Di indonesia) pergi bis kedua yg Akan pergi kuching? Siapa yg handle? Than you
ReplyDeleteSaya mempunyai Agen di PontianaK. Hubungi 0172140664 untuk maklumat lanjut
DeleteBoleh bantu saya untuk dapatkan agen penghantaran dari Bandung ke Pelabuhan Klang.
ReplyDeleteTerima kasih.