Full width home advertisement

Post Page Advertisement [Top]

Terus terang saya katakan bahawa tak banyak kedai makan / restoren yang memuaskan hati saya untuk makan. Ini kerana sesetengah kedai tidak konsisten dalam menjaga kualiti makan dan rasa. Kadang-kadang tak seperti yang kita harapkan.

Kali ini saya ingin berkongsi tempat makan yang sesuai dengan selera tekak saya.Kebetulan rakan saya juga merupakan Chef di kedai ini. Ini membuatkan saya lebih yakin dengan kualiti makan dan rasa.

Tom Yam putih adalah menu istimewa untuk kedai yang terletak di atas 99 Cent Shop, bersebelahan dengan SenQ dan Choice Supermall. Bertentangan bahagian pemunggahan barang E-Mart Lee Ling, Matang, Kuching, Sarawak. (Rasanya dah cukup lengkap di mana lokasi kedai ni).

Selain Abang Man Tom Yam (Tom Yang Biasa) yang sedap. Tom Yom Putih dikedai ini tidak terkecuali. (Menurut rahsia tukang masak, cuma masukkan susu cair). Rasanya memang sedap.

Terdapat menu-menu lain seperti Ikan Tiga Rasa, Sayur Midin, Ambal (siput buluh) dan banyak lagi menu-menu ala Thai.

Terkini, menu istimewa ialah air jus mengikut saiz dari XL, L dan S. Kompom buntas (kenyang gila).




Selamat mencuba!

Boleh hubungi 0172140664 untuk peralatan memanah dan Oven Kek Lapis Sarawak

Sumber gambar

2 comments:

  1. boleh bagi no.contact kedai tomyam tu? or bagi address kalau ada..senang nak cari..

    ReplyDelete
  2. kat matang jaya atas kedai choice ria . bertentangan dgn tempat loading barang di emart matang jaya.mmg sedap tom yam putih tu

    ReplyDelete

Bottom Ad [Post Page]

| Designed by Colorlib