Perkara yang paling menggembirakan seorang penjual adalah kita dapat menjual barang dan pelanggan berpuashati. Kita cuba buat yang terbaik dan yang lainya bergantung kepada faktor lain.
Contohnya jualan online. Kita bungkus dan pos ke kaunter secepat mungkin setelah pengesahan order. Kita bungkus cantik-cantik dan tulis amaran mudah pecah dan sebagainya.
Tetapi sekiranya syarikat penghantar tidak amanah, terlewat, handling kasar dan tidak betul. Pasti melahirkan rasa kecewa daripada pelanggan.
Majoriti pelanggan saya sudah terima oven paling lewat hari Jumaat. Tetapi malangnya bagi pelanggan di kelantan hanya menerima pada hari Ahad. Walaupun janji saya boleh terima hari Khamis.
Ini amat mengecewakan saya kerana sebagai peniaga, kita mahukan rezeki yang halal dan pelanggan berpuashati. Tetapi syukur, kerana rata-rata yang telefon dan sms menyatakan Oven Kek Lapis Sarawak diterima dalam keadaan yang terbaik.
Sekiranya inginkan Oven Kek Lapis Sarawak daripada saya. Boleh hubungi saya 0111 905 9319 sms/call/whatsapp
Insyallah, servis yang terbaik daripada saya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



No comments:
Post a Comment