Minggu ini adalah minggu yang sibuk bagi saya. Ini kerana terkejar-kejar dengan kerja hakiki dan berurusan hal perniagaan lepas waktu pejabat. Agak meletihkan untuk kemaskini maklumat penghantaran.
Tujuh penghantaran minggu ini, 4 dimaklumkan sudah terima, dan 3 masih belum maklum balas. Setiap negeri pasti ada kekangan semasa penghantaran. Poslaju pun bermasalah di sesuatu tempat, apatah lagi dari forwarding agent.
Saya ingin berkongsi gambar pengiriman yang telah dilakukan minggu ini. Untuk minggu depan juga dah ada waiting list. Ada yang sudah bank in, tetapi masih belum beri alamat. Ada juga sudah beri alamat tetapi masih belum terima bayaran.
Saya harap tidak berlaku kelewatan untuk bank in, ini bagi mengelakkan kelewatan dan masalah restock yang lewat. Elakkan pembelian saat-saat akhir seperti pada hari Khamis atau Jumaat. Ini kerana, hanya pada hari Isnin minggu hadapan sahaja saya dapat proses penghantaran.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)





No comments:
Post a Comment