Full width home advertisement

Post Page Advertisement [Top]


Banyak juga pelanggan bertanyakan tentang ada tak api atas dan bawah. Kenapa saya hanya menjual 1 api sahaja ditengah-tengah.

Sebenarnya banyak pilihan untuk pembelian oven kek lapis ni. Ada jenis, Level atas mempunyai Api diatas, dan level bawah mempunyai api dibawah.

Ada juga mempunyai api ditengah-tengah dan di bawah pada level bawah. Tetapi, pada pendapat saya. Api ditengah-tengah adalah memadai. Tidak perlu untuk mempunyai 2 api sekaligus.

Kenapa? Oleh kerana oven ini sendiri dalam keadaan tertutup, suhu didalam oven sudah cukup panas untuk memasakkan kek. Kek Lapis juga hanya memerlukan api diatas sahaja kerana layer hanya nipis.

Pembakaran dibawah loyang hanya dilakukan pada peringkat pertama untuk memastikan layer bawah masak.

Tak mungkin dapat masak kek lapis atas dan bawah serentak. Sekiranya level atas dan bawah digunakan masak kek lapis kerana, bahagian bawah untuk loyang level atas boleh terlampau masak dan hangus!

Ini adalah pendapat saya sahaja. Bagi saya, adalah praktikal hanya mempunyai api ditengah-tengah sahaja.

No comments:

Post a Comment

Bottom Ad [Post Page]

| Designed by Colorlib