
Ini adalah gambar yang diterima daripada pelanggan kami. Beliau menimbulkan kemusykilan kenapa perlu ada satu lubang kecil pada paip ini. Jangan bimbang. Ini bukan kerosakan. Lubang ini sengaja dibuat agar api di dalam Oven hanya API BIRU sahaja. Sekiranya lubang ini ditutup. API KUNING akan keluar dan mengakibatkan jelaga dan pasti anda taknak kek anda menjadi hitam =).
Pihak kami sama sekali TIDAK BERTANGGUNGJAWAB sekiranya anda membuka pemasangan pada OVEN KEK LAPIS ini kerana semasa ujian KEBOCORAN dan FUNGSI, semua paip-paip berada dalam keadaan terpasang. Ini jaminan kami sebelum kami melakukan penghantaran kepada PELANGGAN.
Dalam gambar di atas, pelanggan kami terpaksa membuka bahagian-bahagian tersebut kerana ingin masukkan ke dalam kereta. Tetapi beliau sebenarnya telah mengambil risiko dan tidak ingat bagaimana memasang semula. Pastikan anda yakin dengan apa yang anda lakukan. Kami SAMA SEKALI TIDAK MENGGALAKKAN DAN MELARANG ANDA MEMBUKA PASANGAN YANG TERSEDIA.

Bulan Ramadhan Al-Mubarak sudah semakin hampir. Masih sempat untuk melakukan tempahan OVEN KEK LAPIS sebelum terlambat.


No comments:
Post a Comment